Sambutan Hari Orang Kurang Upaya Peringkat UiTM 2022

Hari-OKU-UiTM-1-768x511.jpg
Hari-OKU-UiTM-2-768x511.jpg
Hari-OKU-UiTM-4-768x511.jpg
Hari-OKU-UiTM-6-768x511.jpg

Title

Sambutan Hari Orang Kurang Upaya Peringkat UiTM 2022

Description

PUNCAK ALAM, 02 DISEMBER 2022 – Unit Perkhidmatan OKU Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Orang Kurang Upaya peringkat UiTM Tahun 2022, bersempena sambutan Hari Orang Kurang Upaya yang disambut pada 3 Disember setiap tahun. Pada tahun ini, tema “Penyelesaian Transformatif Untuk Pembangunan Inklusif: Peranan Inovasi dalam Memacu Dunia yang boleh Diakses Dan Saksama” diangkat sebagai tema Hari Orang Kurang Upaya Sedunia 2022.

Sehingga September 2022, sebanyak 832 orang OKU telah berdaftar bersama Unit Perkhidmatan OKU UiTM. Daripada jumlah berkenaan, seramai 81 orang staf OKU dan 364 orang merupakan staf dengan tanggungan OKU UiTM. Manakala 387 merupakan mahasiswa OKU dan jumlah ini merupakan angka tertinggi mahasiswa di universiti awam di Malaysia.

Date

Collection

Tags

Citation

“Sambutan Hari Orang Kurang Upaya Peringkat UiTM 2022,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed April 19, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/391.

Output Formats

Geolocation