Naib Canselor Menyempurnakan Majlis Malam Apresiasi Dan Anugerah Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) 2022

Title

Naib Canselor Menyempurnakan Majlis Malam Apresiasi Dan Anugerah Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) 2022

Description

Pada 17 Februari 2023, saya telah dijemput menghadiri dan menyempurnakan Majlis Malam Apresiasi dan Anugerah Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) 2022 di Pusat Konvensyen Shah Alam. Turut hadir rakan strategik ACIS kita daripada industri Yayasan RI, Permodalan Nasional Berhad (PNB), Bank Rakyat, Majlis Agama Islam Selangor, Lembaga Zakat Selangor (LZS), Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan (PPZ), UDA HOLDING, Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Kak Anie Shellrock. Harapan saya semoga hubungan kerjasama dan kolaborasi yang terjalin akan terus mekar dan subur bersama ACIS khususnya dan UiTM amnya.
Di majlis ini, ACIS meraikan kejayaan sepanjang tahun 2022. Antaranya adalah ACIS telah dinobatkan sebagai Top 3 Private Grant Acquisition bagi kluster Sains Sosial; Anugerah Penjanaan Pendapatan Cemerlang PI117: Income Generation untuk Kumpulan Wang Amanah melalui aktiviti pendidikan, latihan, akademik, dan pertandingan, yang membawa dana Tabung Wang Amanah ACIS yang terkumpul sebanyak RM688,000.00; dan tujuh MOU UiTM dengan organisasi antarabangsa dan 3 di peringkat kebangsaan. Para pelajar ACIS juga dilihat seimbang dengan cemerlang samada di dalam bidang akademik mahupun sukan. Di bidang akademik, pelajar pasca siswazah ACIS, Dr. Nurulaina Saidin menerima Hadiah Buku Inovasi MTDC, Dr. Azlisham Abd. Aziz dan Dr. Muhammad Hamizan Ab. Hamid sebagai menerima Anugerah Pelajar Cemerlang. Di bidang sukan, melalui program Sukan Antara Fakulti (SAF) UiTM 2023, ACIS telah menunjukkan kemampuan dengan menduduki carta ke-8 daripada 17 buah fakulti yang bertanding
Tahniah warga ACIS! Saya percaya dengan kemampuan ACIS di bawah kepimpinan Profesor Madya Dr. Afandi Mat Rani dapat melonjakkan penjanaan UiTM dan fakulti khususnya, untuk meningkatkan penyelidikan, penerbitan dan segala aktiviti bagi memenuhi perancangan tahun 2023. Saya juga mengharapkan manafaat yang dinikmati sekarang akan berterusan, merapatkan ukhwah sesama warga ACIS dan rakan strategik, serta segala perancangan dapat dilaksanakan dengan lancar.

Date

Files

327110035_1669016360210900_3667685706007873834_n.jpg
327170595_509398981348925_3565084239145399407_n.jpg
327191002_512118681121742_1658970535082639260_n.jpg
327981841_734687224894316_734074194157354116_n.jpg
334369073_122353590779763_5667447867373196718_n.jpg

Collection

Tags

Citation

“Naib Canselor Menyempurnakan Majlis Malam Apresiasi Dan Anugerah Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) 2022,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed July 12, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/445.

Output Formats

Geolocation