Naib Canselor Dijemput Menyampaikan Ucaptama Di Bengkel Q-LEAD@UiTM Di Institut Kepimpinan Dan Pembangunan (ILD) UiTM

Title

Naib Canselor Dijemput Menyampaikan Ucaptama Di Bengkel Q-LEAD@UiTM Di Institut Kepimpinan Dan Pembangunan (ILD) UiTM

Description

Pada 25 Februari 2023, saya telah dijemput menyampaikan ucaptama yang bertajuk “Amanah Kepimpinan: Sinergi Gerak Fikir dan Gerak Hati Pemangkin GRU2025”. Q-Lead@UiTM ini adalah cetusan idea saya, atas permintaan Profesor Dr. Amer Shakir bin Zainol, Dekan Hal Ehwal Pelajar, Kolej Pengajian Seni Kreatif, untuk berkongsi pengetahuan dalam memimpin organisasi berpandukan gerak hati ikhlas bersumberkan hidayah berterusan daripada Allah SWT, dan seterusnya memimpin kecemerlangan organisasi dan melonjakkan prestasi universiti setanding dengan barisan universiti-universiti terkemuka di dunia. Program ini dimulakan dan direka khas untuk kepimpinan tertinggi universiti bagi menghasilkan impak yang signifikan kepada para peserta, terutamanya melalui sesi perkongsian bersama antara saya dan para peserta.
Apa yang menyentuh hati saya adalah, ketibaan saya dan para dif kehormat telah diiringi dengan lantunan selawat, bacaan doa, dan bacaan Al-Quran bersama terjemahan, yang dipimpin Ustaz Mohd Faizan bin Tajuid. Di sesi pagi, bengkel ini telah diserikan dengan acara selingan, iaitu persembahan oleh pelajar UiTM (bertemakan kerohanian), di bawah bimbingan Prof Dr Amer Shakir yang juga merangkap pemudahcara bagi sesi soal-jawab saya bersama peserta bengkel. Pada sesi petang, para peserta diberikan tugasan dalam kumpulan dan dimudahbicara oleh para fasilitator. Setiap kumpulan diberikan dua isu perbincangan, dan di akhir sesi, setiap kumpulan perlu membentangkan cadangan penyelesaian masalah berdasarkan Gerak Hati. Bengkel ini berakhir dengan majlis selawat dan mahabbah.
Setinggi penghargaan dan tahniah saya ucapkan kepada Profesor Datuk Dr Mizan Bin Hitam, Penolong Naib Canselor ILD UiTM merangkap Ketua Fasilitator, Profesor Madya Dr Alawi Sulaiman, Profesor Dr. Amer Shakir, para fasilitator dan pelajar UiTM yang telah melaksanakan bengkel ini dengan jayanya. Adalah diharapkan perkongsian ilmu ini dapat dimanafaatkan oleh para peserta kali ini dan diamalkan di dalam proses membuat keputusan.
THE VICE-CHANCELLOR INVITED TO DELIVER THE KEYNOTE ADDRESS AT THE Q-LEAD@UiTM WORKSHOP, THE INSTITUTE OF LEADERSHIP AND DEVELOPMENT (ILD) UiTM
On February 25, 2023, I was invited to deliver a keynote address entitled "Trust Leadership: Synergy of Thought and Catalyst Gestures GRU2025". This Q-Lead@UiTM is my brainchild, at the request of Professor Dr. Amer Shakir bin Zainol, Dean of Student Affairs, College of Creative Arts Studies, to share knowledge in leading the organization guided by sincere intuition based on the continuous guidance of Allah SWT, and to lead the organization’s excellence and boost the university's performance on par with the world's leading universities. The program was initiated and specially designed for the top leadership of the university to make a significant impact on the participants, especially through a joint partnership session between the participants and me.
What touched my heart was that the procession of the honorary guests and me were accompanied by an enchantment of solawat, and a recitation of the Quran along with a translation, led by Ustaz Mohd Faizan bin Tajuid. In the morning session, the workshop was graced with a sideshow, a presentation by UiTM students (spiritual-themed), under the guidance of Prof Dr. Amer Shakir who also facilitated my question-and-answer session with the workshop participants. In the evening session, participants were given group assignments and facilitated by facilitators. Each group was given two discussion issues, and at the end of the session, each group presented a problem-solving proposal based on Qalb (Intuition). The workshop ended with a solawat and mahabbah ceremony.
My appreciation and congratulations to Professor Datuk Dr. Mizan Bin Hitam, Assistant Vice-Chancellor of ILD UiTM Chief Facilitator, Associate Professor Dr. Alawi Sulaiman, Professor Dr. Amer Shakir, facilitators and students of UiTM who have conducted this workshop successfully. It is hoped that this knowledge sharing can benefit the participants and able to emulate and practice in their decision-making process.

Date

Files

330602527_6018247241599412_2562584989700592066_n.jpg
333574103_207490498613969_6782238209926631167_n.jpg
334293561_200212675948471_8563601875180383933_n.jpg
334370940_1578771012635006_2225202251773732794_n.jpg

Collection

Tags

Citation

“Naib Canselor Dijemput Menyampaikan Ucaptama Di Bengkel Q-LEAD@UiTM Di Institut Kepimpinan Dan Pembangunan (ILD) UiTM,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed December 18, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/446.

Output Formats

Geolocation