Majlis Perasmian Penutup “UiTM Health Competition – Raising Awareness On Rare Diseases & Mental Health” Dan Pelancaran Buku “Memperkasa Kesejahteraan Komuniti” Di Hospital UiTM, Bandar Puncak Alam, Selangor

330548~1.JPG
334671~1.JPG
334750~1.JPG
334762~1.JPG
334771~1.JPG

Title

Majlis Perasmian Penutup “UiTM Health Competition – Raising Awareness On Rare Diseases & Mental Health” Dan Pelancaran Buku “Memperkasa Kesejahteraan Komuniti” Di Hospital UiTM, Bandar Puncak Alam, Selangor

Description

Pada 21 Februari 2023, saya dijemput menghadiri dan menyampaikan ucapan kata-kata aluan bagi Majlis Perasmian Penutup “UiTM Health Competition – Raising Awareness On Rare Diseases & Mental Health” dan Pelancaran Buku “Memperkasa Kesejahteraan Komuniti” di Hospital Al-Sultan Abdullah, Universiti Teknologi MARA, Bandar Puncak Alam, Selangor. Majlis Perasmian ini disempurnakan Yang Berhormat Dato' Hj. Mohammad Yusof Bin Apdal, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi. Turut hadir Yang Berhormat Tuan Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Barisan Pengurusan Eksekutif Universiti, Barisan Pengurusan Kolej Pengajian Kejuruteraan, dan Ahli Jawatankuasa Program.
Tahniah saya ucapkan kepada Kolej Pengajian Kejuruteraan, UiTM, Kementerian Pendidikan Tinggi, dan Pfizer atas kejayaan menganjurkan program “UiTM Health Competition – Raising Awareness on Rare Diseases & Mental Health”. Program ini berlangsung selama dua bulan bermula pada 1 September 2022 sehingga 30 November 2022. Program ini merupakan satu aktiviti pemindahan ilmu dalam memberikan pendedahan dan meningkatkan kesedaran masyarakat khususnya belia terhadap dua penyakit iaitu 'Penyakit Jarang Jumpa (Rare Disease)' dan kesihatan mental.
Antara aktiviti utama program ini adalah pertandingan merekabentuk poster ‘Penyakit Jarang Jumpa’, penghasilan video mengenai kesihatan mental dengan tema "Mental Health - Do Not Suffer Alone" yang penyertaannya terbuka kepada belia di seluruh Malaysia, sesi ceramah oleh pakar perubatan dalam kalangan pensyarah UiTM dan pakar luar untuk memberikan pendedahan kepada belia mengenai kedua-dua jenis penyakit ini.
Majlis ini diakhiri dengan Pelancaran Buku “Memperkasa Kesejahteraan Komuniti”. Buku ini adalah hasil penyelidikan oleh para penyelidik Universiti Malaya, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, dan Universiti Teknologi MARA, daripada pelaksanaan program “University for Society” (U4S) Zon Tengah Wilayah anjuran Bahagian Kolaborasi Industri dan Masyarakat (BKIM), Kementerian Pengajian Tinggi. Satu lagi projek bersama komuniti yang berimpak tinggi.
Di sini, sekali lagi saya ingin merakamkan ucapan tahniah atas penganjuran program dan pelancaran buku berkenaan serta ucapan selamat menyambut Hari Penyakit Jarang Jumpa atau “Rare Disease Day” yang disambut pada setiap 28 Februari setiap tahun. Semoga program yang dilaksanakan ini dapat menyuntik semangat positif kepada pesakit dan penjaga serta memberikan pendedahan secara langsung kepada warga belia Malaysia khususnya mengenai kewujudan penyakit jarang jumpa, dan juga pelancaran buku yang bermanafaat untuk mempertingkatkan kualiti kesihatan komuniti di Malaysia.
CLOSING CEREMONY OF "UiTM HEALTH COMPETITION – RAISING AWARENESS ON RARE DISEASES & MENTAL HEALTH" AND THE LAUNCH OF THE BOOK "EMPOWERING COMMUNITY WELLBEING" AT UITM HOSPITAL, BANDAR PUNCAK ALAM, SELANGOR
On 21 February 2023, I was invited to attend and deliver a welcome speech for the Closing Ceremony of "UiTM Health Competition – Raising Awareness on Rare Diseases & Mental Health" and the Launching of the Book "Empowering Community Wellbeing" at Al-Sultan Abdullah Hospital, Universiti Teknologi MARA, Bandar Puncak Alam, Selangor. The Opening Ceremony was officiated by Yang Berhormat Dato' Hj. Mohammad Yusof Bin Apdal, Deputy Minister of Higher Education. Also present were Yang Berhormat Tuan Lukanisman Bin Awang Sauni, Deputy Minister of Health Malaysia, Executive Management of the University, Management of the College of Engineering Studies, and Member of the Program Committee.
Congratulations to the College of Engineering, UiTM, Ministry of Higher Education, and Pfizer for successfully co-organizing the "UiTM Health Competition – Raising Awareness on Rare Diseases & Mental Health" program. The program ran for two months from 1 September 2022 until 30 November 2022. This program was seen as a knowledge transfer activity in providing exposure and raising awareness among the community especially youth on two diseases, namely 'Rare Diseases' and mental health.
Among the main activities of this program was the poster design for the 'Rare Diseases' Competition, the production of videos on mental health with the theme "Mental Health - Do Not Suffer Alone" whose participation was open to youths throughout Malaysia, talks by medical experts among UiTM lecturers and external experts to provide exposure to youths on both types of diseases.
The event concluded with the launch of the book "Empowering Community Wellbeing". This book was the result of research by researchers from the University of Malaya, International Islamic University Malaysia, and Universiti Teknologi MARA, from the implementation of the "University for Society" (U4S) Central Regional Zone program organized by the Industrial and Community Collaboration Division (BKIM), Ministry of Higher Education. This program was another high-impact community joint project.
Here, once again, I would like to congratulate the Organizers of the program and the launch of the book as well as the best wishes for "Rare Disease Day" which is celebrated every 28 February annually. I really hope, this program will inject positivity into patients and carers, and provide direct exposure to Malaysian youth especially on the existence of rare diseases, as well as launch a book that is beneficial to improve the quality of community health in Malaysia.

Date

Collection

Tags

Citation

“Majlis Perasmian Penutup “UiTM Health Competition – Raising Awareness On Rare Diseases & Mental Health” Dan Pelancaran Buku “Memperkasa Kesejahteraan Komuniti” Di Hospital UiTM, Bandar Puncak Alam, Selangor,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed March 28, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/447.

Output Formats

Geolocation