Naib Canselor Dijemput Melawat Tapak Penyelidikan Dan Majlis Perasmian Tapak Penyelidikan Bahan Dan Struktur Marin Di Pulau Tuba, Langkawi

Title

Naib Canselor Dijemput Melawat Tapak Penyelidikan Dan Majlis Perasmian Tapak Penyelidikan Bahan Dan Struktur Marin Di Pulau Tuba, Langkawi

Description

Pada 21 Februari 2023, saya telah dibawa melawat ke tapak penyelidikan bahan dan struktur marin di Pulau Tuba, Langkawi, dan seterusnya, menyempurnakan Majlis Perasmian Tapak Penyelidikan tersebut. Program lawatan ini merupakan salah satu daripada itinerari program DVCLead anjuran AKEPT yang dihadiri oleh para Timbalan Naib Canselor dari semua universiti awam. Turut hadir Yang Berbahagia Profesor Ts. Dr. Aidah Jumahat, Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Kolej Kejuruteraan UiTM, rakan industri dari PETRONAS, pihak Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), AJK Koperasi Pulau Tuba (KOPTUBAS), Pusat Penyelidikan Dan Kecemerlangan Marin (MAREC) UiTM, Institut Latihan & Pemikiran (ILD) UiTM, dan Institute for Infrastructure Engineering and Sustainability Management (IIESM) UiTM.
Program ini diterajui oleh Prof. Ts. Dr. Aidah Jumahat bersama kumpulan penyelidikannya dengan matlamat memantapkan kolaborasi penyelidikan antara penyelidik dari Kolej Pengajian Kejuruteraan UiTM dengan pihak industri dan agensi kerajaan; dan sebagai satu platform pertukaran idea dan pengetahuan antara penyelidik, usahawan dan ahli akademik, tempatan dan antarabangsa serta pihak industri. Program ini turut membawak impak kepada komuniti Pulau Tuba.
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada pihak Kolej Pengajian Kejuruteraan dan Fracture Mechanic & Materials Integrity Research Group (FMMI), UiTM atas dedikasi berterusan mereka sehingga berjaya menganjurkan acara yang berprestij ini. Adalah diharapkan, program seumpama ini akan menjadi teras bagi kolaborasi penyelidikan bersama pihak akademia dan industri dalam pembangunan idea baharu pada masa hadapan.
THE VICE-CHANCELLOR INVITED TO VISIT THE RESEARCH SITE AND THE OPENING CEREMONY OF THE MARINE MATERIALS AND STRUCTURE RESEARCH SITE IN PULAU TUBA, LANGKAWI
On 21 February 2023, I visited the Marine Materials and Structure Research Site in Pulau Tuba, Langkawi, and subsequently, officiated the Research Site. This visit program is one of the itineraries of the DVCLead program organized by AKEPT which was attended by the Deputy Vice-Chancellors from all public universities. Also present were Yang Berbahagia Professor Ts. Dr. Aidah Jumahat, Dean of Research and Innovation, UiTM College of Engineering, industry partners from PETRONAS, Langkawi Development Authority (LADA), AJK Koperasi Pulau Tuba (KOPTUBAS), Marine Research and Excellence Centre (MAREC) UiTM, Institute of Training & Thinking (ILD) UiTM, and Institute for Infrastructure Engineering and Sustainability Management (IIESM) UiTM.
The program was led by Prof. Ts. Dr. Aidah Jumahat together with her research team with the aim of strengthening research collaboration between researchers from the UiTM College of Engineering Studies and industry and government agencies; and as a platform for the exchange of ideas and knowledge between researchers, entrepreneurs and academics, local and international as well as industry. This program also has an impact on the community of Pulau Tuba.
I would like to express my deepest appreciation and congratulations to the College of Engineering Fracture Mechanic & Materials Integrity Research Group (FMMI), UiTM for their continued dedication to successfully organizing this prestigious event. It is hoped that such programs will be the core of research collaboration with academia and industry in the development of new ideas in the future.

Date

Files

335142437_623742849590243_5377744565623481445_n.jpg
335178975_578130237703525_5934101757297242614_n.jpg
335194605_745830176990498_1223402465262928143_n.jpg
335100656_882587829701178_3410984211483588800_n.jpg
335090969_974372683561797_1058457882208112512_n.jpg

Collection

Tags

Citation

“Naib Canselor Dijemput Melawat Tapak Penyelidikan Dan Majlis Perasmian Tapak Penyelidikan Bahan Dan Struktur Marin Di Pulau Tuba, Langkawi,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 17, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/450.

Output Formats

Geolocation