Warga UiTM Menyaksikan Perutusan Amanat Tahun Baharu 2023 Oleh Naib Canselor

Title

Warga UiTM Menyaksikan Perutusan Amanat Tahun Baharu 2023 Oleh Naib Canselor

Description

Pada 24 Februari 2023, saya telah menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2023 yang diadakan di Dewan Anjung Seri Budiman, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam. Penyampaian amanat kali ini dilakukan secara hybrid, iaitu, secara bersemuka dan tanyangan secara langsung melalui saluran YouTube UiTM Channel. Antara yang hadir secara bersemuka adalah Profesor Dr Suzana Sulaiman, Profesor Dr Haji Mohd Sazili Shahibi , Profesor Dr Mohamad Hariri Abdullah, Profesor Dr Norazah Abd Rahman, Profesor Ts Dr Nor Hayati Saad, barisan pengurusan UiTM, para rektor, dekan, pensyarah, dan staf Pejabat Naib Canselor.
Pada hari ini, saya telah mengimbau pelbagai pencapaian UiTM di setiap bidang dan peringkat samada yang melibatkan akademik mahupun bukan akademik, sepanjang tahun 2022. Pencapaian tahun 2022 telah membawa seribu satu kenangan manis kepada UiTM. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua warga yang telah sama–sama mengharumkan nama Universiti sepanjang tahun 2022. Tayangan cebisan kenangan tahun 2022 telah dimainkan dan disaksikan warga UiTM seluruh Malaysia.
Pada tahun 2023, UiTM tertumpu kepada Kebolehpasaran Global atau Globally Marketable yang sejajar dengan Pelan Strategik UiTM 2025 ke arah menjadi Universiti Terkemuka Dunia pada tahun 2025, seterusnya membentuk Malaysia Madani. Konsep Kebolehpasaran Global ini berkait rapat dengan kemampuan warga UiTM iaitu staf dan pelajar, untuk menarik perhatian global menerusi pelbagai inisiatif antarabangsa yang giat dijalankan pada tahun lepas. Pada tahun ini juga, kita akan mengukuhkan lagi nama UiTM dengan memperkasa kebolehpasaran warga yang akan meningkatkan ketampakkan universiti sekaligus menjadikan Malaysia sebagai ‘lynchpin’ bakat–bakat terunggul seperti yang disarankan oleh Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi.
Bagi kelangsungan pencapaian UiTM pada tahun 2023 ini, UiTM telah menggariskan 20 KPI yang perlu dicapai oleh ketua–ketua PTJ yang berkaitan. Antara KPI yang akan memberikan impak yang tinggi kepada kecemerlangan Universiti seterusnya memacu UiTM untuk mencapai Kebolehpasaran Global adalah seperti berikut:
KPI 3 – Kebolehpasaran Graduan
Sasaran 90% graduan yang bekerja dengan majikan, bekerja sendiri atau melanjutkan pengajian.
KPI 4 – Usahawan Lepasan Ijazah
Meningkatkan peratusan graduan yang menjadi usahawan sebanyak 7.5%.
KPI 8 – Nisbah Sitasi bagi Staf
Nisbah sitasi staf akademik di Scopus, WoS, ERA dan lain–lain lagi yang berindeks adalah 14. Ini untuk staf yang berstatus aktif dalam tempoh 5 tahun.
KPI 9 – Geran Penyelidikan
UiTM juga mensasarkan peningkatan sebanyak RM70 juta berbentuk geran penyelidikan menerusi saluran Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC).
Keadaan negara yang berhadapan dengan pelbagai krisis, cabaran dan tuntutan baharu. UiTM, selepas 6 dekad, tetap tidak terkecuali. UiTM perlu mula merangka pelan inovatif dalam mendepani beberapa cabaran utama yang bakal kita hadapi. Antara cabaran dan penekanan yang saya berikan di dalam Amanat 2023 ini adalah penjimatan perbelanjaan, penyediaan ruang pendidikan yang anjal, dan pelaksanaan Perkhidmatan End–to–End (E2E) secara dalam talian sepenuhnya. Bagi menangani isu berbentuk serangan di media sosial, UiTM akan melaksanakan kaedah penyediaan berita dan hantaran positif di pelbagai platform.
Saya ingin menyeru agar semua pihak terutamanya warga UiTM untuk “tidak menyimbah minyak ke api yang sedang marak” dengan menokok tambah dan memberikan sebarang kenyataan tidak berasas kepada pihak luar. Berikan laluan kepada pihak pengurusan untuk menjelaskan segala khabar angin yang ditohmah secara strategik kerana kita seharusnya bersama–sama menjaga nama baik universiti dengan tidak mengeruhkan lagi keadaan.
Bermula hari ini, saya mahu seluruh warga UiTM terapkan semangat kebersamaan meskipun kita datang dari bidang yang berbeza, fakulti yang berlainan, atau, gred yang berbeza. Bersainglah dengan sihat antara satu sama lain. Belajarlah dari satu sama lain, jadikan pesaing anda sebagai inspirasi untuk lebih kehadapan. Luaskanlah ilmu pengetahuan anda agar mampu untuk berdaya saing sekaligus menembusi pasaran antarabangsa sebagai bakat terunggul dari Universiti Teknologi MARA dan tanah air tercinta ini. Dalam mencapai Kebolehpasaran Global, ingatlah pesan saya ini – “To be marketable, you have to excel in at least one core skill.”
UITM'S CITIZENS WITNESS THE MESSAGE OF THE NEW YEAR'S MANDATE 2023 BY THE VICE-CHANCELLOR
On 24 February 2023, I presented the New Year's 2023 Mandate held at the Anjung Seri Budiman Hall, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam. The presentation of the Mandate was done in a hybrid manner, that is, face-to-face and live through the Youtube UiTM Channel. Among those present at the Anjung Seri Budiman Hall were Professor Dr. Suzana Sulaiman, Professor Dr. Haji Mohd Sazili Shahibi, Professor Dr. Mohamad Hariri Abdullah, Professor Dr. Norazah Abd Rahman, Professor Ts Dr. Nor Hayati Saad, UiTM management, rectors, deans, lecturers, and staff of the Vice-Chancellor's Office.
I have recalled UiTM's many achievements in every field and level, both academic and non-academic, throughout 2022. The achievement of 2022 has brought a thousand and one fond memories to UiTM. Congratulations to all the citizens who have made the name of the University throughout 2022. The 2022 remembrance was broadcasted and witnessed by UiTM staff throughout Malaysia.
In 2023, UiTM focuses on Global Marketability or Globally Marketable in line with UiTM's Strategic Plan 2025 towards becoming the World's Renowned University in 2025, thus forming Malaysia Madani. The concept of Global Employability is closely related to the ability of UiTM staff, and students, to attract global attention through various international initiatives that were actively undertaken last year. This year, we will further strengthen UiTM's name by empowering the marketability of the people who will enhance the visibility of the university while making Malaysia a 'lynchpin' of the top talents as recommended by the Honorable Minister of Higher Education.
For the continuation of UiTM's achievement in 2023, UiTM has outlined 20 KPIs to be achieved by the relevant heads of departments. Among the KPIs that will have a high impact on the University's excellence, thus driving UiTM to achieve Global Marketability are as follows:
KPI 3 – Globally Marketable Graduates
A target of 90% of graduates working with employers, self-employed, or pursuing studies.
KPI 4 – Graduates Entrepreneurs
Increase the percentage of graduates who become entrepreneurs by 7.5%.
KPI 8 – Citation Ratio for Staff
The ratio of citations of academic staff in Scopus, WoS, ERA, and others indexed is 14. This is for staff who have active status within a period of 5 years.
KPI 9 – Research Grants
UiTM is also targeting an increase of RM70 million in the form of research grants through the Research Management Centre (RMC) channel.
The country now is facing various new crises, challenges, and demands. UiTM, after 6 decades, remains no exception. UiTM needs to start drawing up innovative plans to meet some of the major challenges we will face. Among the challenges and emphasis I have placed in this Amanat 2023 are prudence in expenses, the provision of flexible educational space, and the implementation of the End–to–End (E2E) service fully online. To address the issue of attacks on social media, UiTM will implement the method of providing positive news and posts on various platforms.
I would like to urge all parties, especially UiTM's citizens, to "not spill oil into the raging fire" by adding and giving any unsubstantiated statements to outsiders. Give way to the management to clarify all the rumors that are strategically made because we should be together to protect the good name of the university by not making things worse.
Starting today, I want all UiTM staff to apply a spirit of togetherness even if we come from different fields, different faculties, or, different grades. Compete healthily with each other. Learn from each other, and make your competitors an inspiration to move forward. Expand your knowledge to be able to be competitive and penetrate the international market as the leading talent from Universiti Teknologi MARA and this beloved homeland. In achieving Global Marketability, do ponder my message – "To be marketable, you have to excel in at least one core skill."

Date

Files

323426195_1654701831615095_5787398766046387985_n.jpg
335130079_2339460989558719_3985476927378339420_n.jpg
335143941_3391985721050204_3642618851604719227_n.jpg
335179571_1241615829897625_6857833878121207784_n.jpg

Collection

Tags

Citation

“Warga UiTM Menyaksikan Perutusan Amanat Tahun Baharu 2023 Oleh Naib Canselor,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed December 18, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/449.

Output Formats

Geolocation