UiTM Menerima Pengiktirafan Berlian Sempena Program Cabaran Bandar Rendah Karbon 2030 Bagi Tahun 2022

Title

UiTM Menerima Pengiktirafan Berlian Sempena Program Cabaran Bandar Rendah Karbon 2030 Bagi Tahun 2022

Description

Pada 20 Februari 2023, saya telah dijemput menghadiri Majlis Anugerah Bandar Rendah Karbon 2022 bagi menerima pengiktirafan berlian bagi kategori rakan kongsi. Penyertaan kali keempat Universiti Teknologi MARA (UiTM) di dalam Program Cabaran Bandar Rendah Karbon 2030 (LCC2030C) untuk tahun 2022 mencatat sejarah tersendiri apabila satu (1) zon dan enam (6) bangunan UiTM telah berjaya merangkul Anugerah Berlian (Diamond).
Program di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) yang bertemakan cabaran pembentukan zon-zon rendah karbon di sekitar negeri dan bandar utama di Malaysia ini telah dimandatkan penganjurannya kepada Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC). Penganjuran Program Cabaran Bandar Rendah Karbon 2030 ini adalah merupakan fasa kedua bagi pelaksanaan Rangka Kerja Bandar Rendah Karbon (LCCF) untuk tempoh pelaksanaan tahun 2019 sehingga 2030.
Saya sangat berbesar hati dengan pencapaian Anugerah Berlian yang diterima oleh Zon Seksyen 1, UiTM Shah Alam, dan enam bangunan UiTM (Fakulti Sains Komputer dan Matematik, Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur, Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin, Pusat Kesihatan, Akademi Pengajian Bahasa, dan Kompleks Pejabat Pembangunan Infrastuktur dan Infosktruktur) bagi LCC2030C untuk tahun 2022. Elemen pengukuran untuk Zon Seksyen 1 UiTM adalah dengan menilai kecekapan penggunaan tenaga, kecekapan penggunaan air, pengurusan sisa dan keluasan kawasan hijau. Manakala bagi bangunan UiTM, element pengukuran adalah berfokus sepenuhnya kepada kecekapan penggunaan tenaga.
Pencapaian membanggakan dengan penurunan karbon yang berjaya dicapai oleh Universiti Teknologi MARA di dalam Program Cabaran Bandar Rendah Karbon 2030 ini jelas menunjukkan kesinambungan komitmen penuh yang telah diberikan oleh Universiti untuk terus memperkasakan agenda kelestarian bagi mencapai aspirasi Matlamat Pembangunan Mampan (SDG). Setinggi penghargaan kepada pihak Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) atas kelulusan projek yang telah disertai oleh UiTM, dan seterusnya mengiktiraf pencapaian yang dicapai UiTM dalam projek yang melibatkan perubahan iklim tersebut.
UiTM RECEIVED DIAMOND RECOGNITION IN CONJUNCTION WITH THE LOW CARBON CITY CHALLENGE PROGRAM 2030 FOR 2022
On February 20, 2023, I was invited to attend the Low Carbon Cities Award Ceremony 2022 to receive the diamond recognition for the partnership category. The fourth participation of Universiti Teknologi MARA (UiTM) in the Low Carbon Cities Challenge Program 2030 (LCC2030C) for 2022 recorded its own history when one (1) zone and six (6) UiTM buildings won the Diamond Award.
The program under the auspices of the Ministry of Environment and Water (KASA) themed on the challenge of the formation of low-carbon zones around states and major cities in Malaysia was mandated by the Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC). The Low Carbon Cities Challenge Program 2030 is the second phase of the implementation of the Low Carbon Cities Framework (LCCF) for the period of 2019 through 2030.
I was very pleased with the achievement of the Diamond Award received by Zone Section 1, UiTM Shah Alam, and six UiTM buildings (Faculty of Computer Science and Mathematics, Faculty of Architecture, Planning, and Surveying, Tuanku Syed Sirajuddin Chancellery Building, Health Centre, Academy of Language Studies, and Office Complex of Infrastructure Development and Infosktruktur) for LCC2030C for 2022. The measurement element for Zone Section 1 of UiTM was to assess energy efficiency, water usage efficiency, waste management, and green area. While for UiTM buildings, the measurement element was fully focused on energy efficiency.
The proud achievement of the carbon reduction achieved by UiTM in the Low Carbon Cities Challenge Program 2030 clearly demonstrated the continuation of the full commitment given by the University to continue to strengthen the sustainability agenda to achieve the aspirations of the Sustainable Development Goals (SDGs). I would like to thank the Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) for the UiTM project approval, and further recognized the achievements of UiTM in the climate change project.

Date

Files

335088342_867524171001077_1149210170881327797_n.jpg
335183562_209550975084020_7948574753431943122_n.jpg
335204649_1393000674768448_6813196220190431221_n.jpg
335384051_744513660713087_3042265278696980930_n.jpg

Collection

Tags

Citation

“UiTM Menerima Pengiktirafan Berlian Sempena Program Cabaran Bandar Rendah Karbon 2030 Bagi Tahun 2022,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 17, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/451.

Output Formats

Geolocation