Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Teknologi MARA dan Universitas Islam Malang, Indonesia

Title

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Teknologi MARA dan Universitas Islam Malang, Indonesia

Description

SHAH ALAM, 3 APRIL 2023 – Universiti Teknologi MARA (UiTM) melalui Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP) telah menjalinkan hubungan strategik dengan Universitas Islam Malang, Indonesia (UNISMA) dengan termeterainya Memorandum Persefahaman (MoU) antara UiTM dan UNISMA dalam majlis yang telah berlangsung di UiTM Shah Alam semalam. Dalam majlis tersebut, UiTM telah diwakili oleh Naib Canselor, Yang Berbahagia Profesor Datuk Dr. Hajah Roziah Mohd Janor, manakala UNISMA pula diwakili oleh Rektor, Yang Berbahagia Profesor Dr. Masykuri Bakri. Majlis turut disempurnakan dengan kehadiran barisan pengurusan tertinggi FSPPP dan UNISMA, serta Dekan Fakulti Perubatan.

Matlamat utama MoU ini adalah untuk meraikan percambahan ilmu pengetahuan melalui kerjasama pintar dalam pelbagai disiplin. Selain itu, MoU ini juga bertujuan untuk memelihara dan mempergiatkan kerjasama, khususnya dalam bidang pendidikan, menekankan kepakaran penyelidikan dan kolaborasi melibatkan pensyarah dan pelajar kedua-kedua institusi.

Date

Files

custom_resized_cf81e35a-7003-4cd8-8a0c-8b6bff8129ce-0.jpeg
custom_resized_bfa0dba4-46f7-493d-8d4d-1f6f3425dc4e-1-768x511.jpeg

Collection

Tags

Citation

“Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Teknologi MARA dan Universitas Islam Malang, Indonesia,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed December 18, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/458.

Output Formats

Geolocation