Universiti Teknologi MARA Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) Bersama Indonesia Banking School, Indonesia
Title

Description
SHAH ALAM, 30 Ogos 2023 – Universiti Teknologi MARA (UiTM) melalui Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP) telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bersama Indonesia Banking School, Indonesia (IBS) dalam majlis yang telah berlangsung secara hibrid melalui aplikasi Zoom di Bilik Mesyuarat Naib Canselor, Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin, UiTM Shah Alam.
Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Indonesia Banking School, Indonesia (IBS) ini telah melakar satu sejarah baharu bagi kedua-dua institusi dalam kerjasama akademik dan penyelidikan. Perjanjian tersebut telah ditandatangani oleh Naib Canselor UiTM, YBhg. Profesor Datuk Dr. Hajah Roziah Mohd Janor dan Pengerusi IBS, Dr. Kusumaningtuti S. Soetiono, serta disaksikan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Nor Hafizah Mohamed Harith dan Ibu Puspita. Majlis tersebut turut dihadiri oleh barisan pengurusan tertinggi FSPPP dan IBS.

Date
Collection
Citation
“Universiti Teknologi MARA Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) Bersama Indonesia Banking School, Indonesia,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed December 18, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/496.