Misi pengantarabangsaan UiTM ke Bosnia & Herzegovina

Title

Misi pengantarabangsaan UiTM ke Bosnia & Herzegovina

Description

Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP) UiTM bersama International Universiti Sarajevo (IUS) telah menganjurkan Persidangan Antarabangsa Dasar Awam dan Sains Sosial (ICoPS) 2023 yang telah berlangsung pada 13 hingga 15 September 2023.
Persidangan dimulakan dengan siri 'Master Class' disertai 150 peserta dari dalam dan luar negara diikuti dengan pembentangan 70 kertas penyelidikan dasar awam dan sains sosial oleh pakar akademik dan penyelidik.
Turut dilancarkan pada lawatan ini ialah sebuah buku bertajuk "A Multidimensional Study on Malaysia-Bosnia and Herzegovina" yang diterbitkan oleh UiTM Press. Majlis pelancaran ini telah diadakan di University of Sarajevo (UNSA), Sarajevo. Penerbitan buku ini adalah satu manifestasi kerjasama, pengantarabangsaan dan perkongsian dua negara dari dua benua yang berbeza, yang jelas menjadi simbol muhibah antara kedua-dua negara dan universiti.
Tahniah saya ucapkan kepada semua yang telah mengangkat UiTM ke persada antarabangsa.
Ikuti siaran media bagi lawatan ini di pautan berikut:

Date

Files

378022944_321787180374084_5211163929210505923_n.jpg
378278994_321787183707417_3596304827630319215_n.jpg
378374575_321787343707401_3369549930659678564_n.jpg
378820623_321787197040749_6491867989562647117_n.jpg
379069224_321787303707405_7344083920128187488_n.jpg
379284959_321787267040742_5960825431427367060_n.jpg
379348860_321787290374073_4838449624211491580_n.jpg
379452865_321787220374080_5867962806293645489_n.jpg
379463004_321787257040743_6372739206949518320_n.jpg

Collection

Citation

“Misi pengantarabangsaan UiTM ke Bosnia & Herzegovina,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed May 9, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/498.

Output Formats

Geolocation