Pembentangan Resolusi Bumiputra@IPT

Title

Pembentangan Resolusi Bumiputra@IPT

Description

Lewat petang 16 Sya’ban, selesai pembentangan Resolusi Bumiputra@IPT dibentangkan kepada YB DSD Zambry Abd. Kadir Menteri Pendidikan Tinggi untuk dibawa ke Kongress Ekonomi Bumiputra 2024. Resolusi terhasil dari sesi libat urus bersama 20 Universiti Awam dan JPT pada 4 Sya’ban bersamaan 14 Februari yang lepas diurusetiakan oleh UiTM bertempat di ILD, UiTM. Terima Kasih kepada KPPT, semua NC, TNC AA, TNC HEP dan Pegawai utama JPT atas input yang berikan untuk menghasilkan resolusi dengan 4 tema dengan cadangan tambahan dijadikan tema 5 oleh YBM perihal kelangsungan UiTM dalam pendidikan bumiputra. “Seperti yang termaktub dalam Akta 173 1A, Universiti Teknologi MARA ditubuhkan menurut dan mengikut peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Maka menjadi tanggung jawab semua pihak, khususnya kerajaan, memastikan kelangsungan dan mengupayakan UiTM sebagai Institusi Pendidikan Tinggi Bumiputra terbesar negara, untuk terus berfungsi dan dirujuk dalam melahirkan profesional Bumiputra yang kalis masa depan melalui model pendanaan yang lestari dan mapan, dengan menyalurkan semua bentuk keperluan sumber bagi membolehkan UiTM tersohor ke persada dunia dan terus mengakar di bumi bertuah.” Usaha Taqwa Mulia #vcuitm7 #UiTM25Tahun #MalaysiaMadani #uitmdihatiku

Date

Language

Malay

Local URL

https://www.facebook.com/VCUiTM/posts/412804884605646

Files

409056638_412805001272301_6071109051885043082_n.jpg
428668245_412805044605630_2331576011725381775_n.jpg
428677602_412805027938965_6929088733016054451_n.jpg
428694490_412805071272294_2824421506657320574_n.jpg
428697163_412805087938959_8373956012714293046_n.jpg
428697574_412805054605629_8454573675364256926_n.jpg
428709097_412804987938969_1685344639241898188_n.jpg

Collection

Tags

Citation

“Pembentangan Resolusi Bumiputra@IPT,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed December 18, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/592.

Output Formats

Geolocation