Naib Canselor Menyempurnakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dan Institut Integriti Malaysia (IIM)

Title

Naib Canselor Menyempurnakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dan Institut Integriti Malaysia (IIM)

Description

Pada 31 Mac 2023, UiTM dan IIM bersetuju untuk memperluaskan peluang rangkaian dalam integriti dan anti-rasuah dengan menandatangani dokumen MoU bersama. Majlis MoU ini telah diadakan di Aras 7, Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin, dan dihadiri oleh Yang Berbahagia Datuk Wan Suraya Wan Mohd Razi, Ketua Pegawai Eksekutif IIM, Yang Berbahagia Profesor Datin Dr. Suzana Sulaiman, Timbalan Naib Canselor (Akademik Dan Antarabangsa), Yang Berbahagia Profesor Dr. Mohamad Hariri Haji Abdullah, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri, Komuniti Dan Alumni), Yang Berusaha Tuan Haji Muhamad Nizam Noordin, Pendaftar UiTM, Yang Berusaha Tuan Mas Affendi Masarudin, Pengurus Besar Kanan Bahagian Khidmat Korporat IIM, Yang Berusaha Tuan Mohd Hafiz Ramlee, Ketua Unit Integriti, Barisan Pengurusan Kanan UiTM dan IIM, serta rakan-rakan media.
Kerjasama antara kedua-dua organisasi ini bertujuan untuk memantapkan inisiatif integriti dan tata kelola mahasiswa pendidikan tinggi awam. Jelas antara bidang kerjasama yang dinyatakan di dalam MoU berkenaan melibatkan perkara berikut:
1. Penerimaan pelajar menjalani latihan industri di bawah program Professional Integrity Internship Program (PIIP) di IIM;
2. Penglibatan staf dan pelajar di dalam Kajian Indek Persepsi Integriti dan Tata kelola Mahasiswa;
3. Penglibatan staf dan pelajar dalam membangunkan program dan/atau modul Integriti Mahasiswa;
4. Penglibatan staf dan pelajar dalam penerbitan dan perkongsian bahan bacaan berkaitan Integriti dan Tata Kelola; dan
5. Penglibatan staf selaku Panel Penilai dalam pelaksanaan Anugerah Integriti, Governans dan Anti Rasuah (AIGA).
Perkara tersebut yang menjadi intipati MoU ini mendapat dokongan kuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif IIM sendiri, Datuk Wan Suraya dalam ucapan balas beliau. Saya mengharapkan program-program ini akan membantu para pelajar dan staf memperoleh kemahiran dan pengetahuan yang mereka perlukan untuk mengekalkan integriti mereka dan mengelakkan amalan rasuah dalam kerjaya masa depan mereka. Pada majlis tersebut juga, saya menekankan peluang kepada staf universiti untuk menyertai Anugerah Tadbir Urus Integriti dan Antirasuah sebagai panel audit atau juruaudit. Penglibatan ini akan memberikan pengalaman berharga kepada warga kerja UiTM dan menyumbang kepada kejayaan kerjasama ini.
Kajian Indeks Persepsi Integriti dan Tata Kelola Mahasiswa yang dibangunkan oleh pihak IM turut merupakan gerak kerja utama yang disasarkan melalui kolaborasi ini. Saya dimaklumkan oleh pihak IIM, kajian seumpama ini pernah diadakan pada tahun 2002, yang mana hasil kajian menunjukkan antaranya bahawa 30% daripada mahasiswa yang dikaji mengatakan sekiranya mempunyai kuasa, mereka sanggup menerima rasuah jika berpeluang. Sehubungan itu, saya menyambut baik hasrat pihak IIM-UiTM untuk melaksanakan kajian bersama dengan melibatkan mahasiswa UiTM sebagai responden terbesar kajian. Dengan izin Allah, hasil kajian ini bakal menghasilkan sumber rujukan untuk menilai semula dasar atau insiatif pengukuhan integriti dan anti rasuah sedia ada yang pernah dilaksanakan pada semua peringkat sama ada perlu ditambah baik atau dikekalkan.
Secara keseluruhannya, Memorandum Persefahaman antara UiTM dan IIM merupakan langkah penting ke arah menggalakkan nilai integriti diamalkan dan mencegah amalan rasuah dalam pendidikan tinggi. Kerjasama ini akan memberi manfaat bukan sahaja kepada pelajar tetapi juga komuniti madani Malaysia dengan mempromosikan amalan murni dan nilai etika yang terbaik.
--------------------------------------------
THE VICE-CHANCELLOR OFFICIATED THE MEMORANDUM OF UNDERSTANDING (MoU) SIGNING CEREMONY BETWEEN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) AND THE MALAYSIAN INSTITUTE OF INTEGRITY (IIM)
On 31 March 2023, UiTM and IIM agreed to expand networking opportunities in integrity and anti-corruption by signing a joint MoU document. The MoU signing ceremony was held at Level 7, Chancellery Tuanku Syed Sirajuddin, and attended by Yang Berbahagia Datuk Wan Suraya Wan Mohd Razi, Chief Executive Officer of IIM, Yang Berbahagia Professor Datin Dr. Suzana Sulaiman, Deputy Vice-Chancellor (Academic and International), Yang Berbahagia Professor Dr. Mohamad Hariri Haji Abdullah, Deputy Vice-Chancellor (Industry, Community and Alumni Partnership), Yang Berusaha Tuan Haji Muhamad Nizam Noordin, Registrar of UiTM, Yang Berusaha Tuan Mas Affendi Masarudin, Senior General Manager of IIM's Corporate Services Division, Yang Berusaha Tuan Mohd Hafiz Ramlee, UiTM Head of Integrity Unit, Senior Management of UiTM and IIM, as well as media partners.
The collaboration between the two organizations aims to strengthen the integrity and governance initiatives of public higher education students. The areas of cooperation stated in the MoU include the following:
1. Acceptance of students undergoing industrial training under the Professional Integrity Internship Program (PIIP) at IIM;
2. Involvement of staff and students in the Student Perception Index Study;
3. Involvement of staff and students in developing Student Integrity programs and/or modules;
4. Involvement of staff and students in the publication and sharing of reading materials related to Integrity and Governance; and
5. Involvement of staff as a Panel of Valuers in the implementation of the Integrity, Governance and Anti-Corruption Award (AIGA).
In her speech, IIM's own Chief Executive Officer, Datuk Wan Suraya, strongly supported the issue raised in the MoU. I hope that these programs will assist students and faculty in acquiring the skills and knowledge required to maintain their integrity and avoid corrupt practices in their future careers. I mentioned the opportunity for university staff to participate in the Integrity and Anti-Corruption Governance Award as an audit panel or auditor at the event. This involvement will provide UiTM employees with valuable experience and contribute to this collaboration's success.
The Integrity Perception Index and Student Governance Index study developed by IIM is also the main work targeted through this collaboration. According to the IIM, a similar study was conducted in 2002, and the results showed that 30% of the students polled are willing to accept bribes if they have the power. In this regard, I applaud the IIM-UiTM intention to conduct a joint study with UiTM students as the primary respondents. With Allah's permission, the findings of this study will serve as a source of reference to reassess existing anti-corruption policies or initiatives that have been implemented at all levels to determine whether they need to be improved or maintained.
Overall, the Memorandum of Understanding signed by UiTM and IIM is an important step toward promoting the value of integrity in higher education and preventing corrupt practices. This collaboration will benefit the students and Malaysian civil society by promoting the best ethical practices and values.

Date

Files

344694571_554247446892693_1379661366887844067_n.jpg
344814359_1977799702559799_6079763970629132121_n.jpg
344754608_210161811794708_3401650076221512236_n.jpg
344553971_1853513581716172_7163091527731074955_n.jpg

Collection

Tags

Citation

“Naib Canselor Menyempurnakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dan Institut Integriti Malaysia (IIM),” Minda Naib Canselor UiTM, accessed December 19, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/465.

Output Formats

Geolocation