The Next Chapter: UiTM in Pursuit of Becoming a Globally Marketable University in Lifelong Education

Title

The Next Chapter: UiTM in Pursuit of Becoming a Globally Marketable University in Lifelong Education

Description

Kandungan Segar, Diskusi Inklusif! Coffee Talk With Rozie (CTWR) kini kembali pada bulan Mac 2023! Sekali lagi CTWR telah mencapai keseimbangan antara kandungan yang santai tetapi penuh dengan pelbagai maklumat. Pada kali ini, saya telah menjemput seorang tamu panelis yang telah membincangkan mengenai “The Next Chapter: UiTM in Pursuit of Becoming a Globally Marketable University in Lifelong Education”, iaitu Ts. Siti Fatahiyah Mahamood.
Ts. Siti Fatahiyah Mahamood merupakan Pensyarah Kanan dan Ketua Unit Kualiti (KUK) di Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM). Beliau juga merupakan seorang pakar dalam bidang Pendidikan Sepanjang Hayat (Lifelong Education). Ts. Siti Fatahiyah Mahamood telah memulakan karier di UiTM sejak tahun 2009. Jarang kita temui Profesional Teknologis dalam kalangan Pengajian Islam. Namun pencapaian beliau menunjukkan bahawa negara juga memerlukan seorang teknologis dalam kalangan Pakar Pengajian Islam. Ini bertujuan agar inovasi yang dihasilkan dalam era Kecerdasan Buatan tidak lari daripada etika dan tuntutan agama. Sebagai seorang pakar bidang Pendidikan Sepanjang Hayat di UiTM, beliau telah menerapkan konsep pengajaran dan pembelajaran secara formal dan tidak formal bagi mengadunkan elemen tradisi dan teknologi terkini. Dengan menggunakan kaedah “Coaching and Mentoring”, beliau sentiasa merujuk kepada pakar ulung dalam bidang Pendidikan Sepanjang Hayat di UiTM iaitu Prof. Dr. Nor Aziah Alias yang juga Penerima Anugerah Tokoh Akademik Hari Akademia 2022 baru-baru ini. Beliau kini terlibat dalam Kursus ESD SDG yang dianjurkan oleh UNESCO selama dua bulan secara dalam talian.
Saya amat kagum kerana Ts. Siti Fatahiyah Mahamood telah dianugerahkan pelbagai anugerah, seperti Most Influential Women in Islamic Business and Finance: WOMANi Influencer For The Year 2022 by Cambridge IFA, United Kingdom dengan membawa nama UiTM ke peringkat global, Anugerah Akademik Universiti: Anugerah Utama: Pengajaran, Kelompok Sains Sosial & Kemanusiaan oleh UiTM dan Anugerah Staf Akademik Terkehadapan 2022 oleh ACIS UiTM. Menurut beliau, kejayaan ini boleh dicapai menerusi usaha berterusan dalam pelbagai aspek seperti pendidikan, pengajaran, penyelidikan, penulisan, penciptaan inovasi terkini dan juga perundingan. Walaupun beliau terikat dengan kerja-kerja pengurusan sebagai Ketua Unit Kualiti (KUK). Pada masa yang sama beliau sering memastikan agar penambahbaikan kualiti ke atas usaha-usaha tersebut dilakukan dari masa ke masa. Penglibatan beliau dalam aktiviti akademik dan kemasyarakatan dalam negara dan di peringkat global turut diberi penilaian bagi mendapat anugerah-anugerah tersebut. Manakala, dalam aspek Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) pula, beliau sentiasa memastikan agar para pelajarnya turut memanfaatkan apa yang dipelajari agar dapat direalisasikan dalam kehidupan mereka seharian, bukan hanya untuk kejayaan dalam pengajian sahaja.
Ts Siti Fatahiyah Mahamood juga sangat yakin bahawa warga UiTM mampu mencipta kejayaan sepertinya. Ini dapat dilakukan dengan menyuntik lima elemen dalam setiap usaha. Pertama, kita harus mempunyai semangat dan minat yang tinggi serta mempunyai ilmu serta kemahiran dalam bidang yang diceburi. Kedua, mempunyai rasa pemilikan bersama dalam menjaga nama dan kelestarian universiti agar tetap relevan sepanjang masa. Ketiga, perlu memikul tanggungjawab bersama dalam mencapai target dan petunjuk prestasi utama yang diberikan serta amanah dalam menjaga universiti keramat ini. Seterusnya, menentukan hala tuju yang tepat ketika menyusun strategi yang perlu dilaksanakan dan yang terakhir perlu bertatih sebelum melompat iaitu satu analogi tentang belajar di peringkat awal melalui persekitaran dan kehendak pasaran terkini di peringkat nasional dan global.
Ts. Siti Fatahiyah Mahamood juga berkongsi kepada warga UiTM untuk menjadi warga yang seimbang dalam memenuhi tuntutan duniawi dan ukhrawi dalam konsep work life balance. Sebagai seorang khalifah di bumi ini, kita perlu membahagikan masa dengan bijaksana antara kerjaya, keluarga, ibadah, aktiviti riadah, jiran dan masyarakat. Oleh itu, bagi mendapatkan work life balance, kita perlu tahu keutamaan yang perlu diberi perhatian ketika itu dalam memastikan amanah dan tanggungjawab dilaksanakan dengan baik tanpa mengabaikan sebahagian yang lainnya. Setiap daripada kita ada kekuatan luar biasa dari aspek mental, fizikal dan spiritual agar tidak mudah rebah dalam semua perkara yang kita mahu lakukan. Beliau juga mengingatkan untuk mendapat work life balance yang baik, kita perlu meletakkan niat kerana Allah SWT bagi memastikan setiap tanggungjawab dipenuhi dengan penuh keikhlasan.
Ts Siti Fatahiyah Mahamood juga telah merumuskan mengenai formula kepada warga UiTM untuk mencapai kesimbangan duniawi dan ukhrawi dalam Pembelajaran Sepanjang Hayat. Formula yang beliau amalkan adalah “Blending the High-Tech With The High-Touch” melalui kaedah 3H-on dan IIAA iaitu Heads-On, Hands-On dan Hearts-On. Kombinasi pemikiran, kemahiran dan sentuhan hati yang berpaksikan Iman, Ilmu, Adab dan Amal menjadikan formula ini sangat signifikan untuk diamalkan. Beliau telah memberi satu lagi formula yang terdapat di dalam Al-Quran untuk kuat dan tabah menghadapi ujian iaitu :
1. Percaya bahawa Allah tidak akan uji hamba-NYA dengan perkara di luar kemampuan (2:286).
2. Sentiasa memohon pertolongan kepada Allah dengan sabar dan mengerjakan solat (2:45).
3. Teruskan berdoa kepada Allah SWT, nescaya Allah akan perkenankan (40:60).
4. Paling utama, bertaubat dan lakukan amal kebajikan (25:70).
Beliau turut membuat kesimpulan bahawa sebagai pendidik, kita perlu sentiasa berwaspada dengan segala tindakan, pertuturan, pemikiran, perwatakan dan personaliti kerana akan selalu dijadikan contoh oleh para pelajar. Beliau juga menegaskan jangan disebabkan oleh salah laku kita menyebabkan pelajar mendapat contoh yang salah. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih dan syabas kepada semua pasukan Coffee Talk With Rozie dan sudah tentunya tamu panelis pada hari ini iaitu Ts. Siti Fatahiyah Mahamood.
Jumpa lagi di Coffee Talk With Rozie (CTWR) 2023 episod seterusnya!
---------------------------------------------------------------------------
Kandungan Segar, Diskusi Inklusif! Coffee Talk With Rozie (CTWR) returns for the March 2023 episode!
Once again CTWR has struck a balance between relaxed and informative content.
This time I have invited a panellist to speak on "The Next Chapter: UiTM in Pursuit of Becoming a Globally Marketable University in Lifelong Education", namely Ts. Siti Fatahiyah Mahamood.
Ts. Siti Fatahiyah Mahamood is a Senior Lecturer and Head of the Quality Unit at the Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM), and an expert in the field of lifelong education.
Ts. Siti Fatahiyah Mahamood began her career at UiTM in 2009. It is rare for us to find Technologist Professionals in Islamic Studies. Her achievement shows that the country needs technologists even among experts in Islamic Studies so that the innovations produced in this era of Artificial Intelligence (AI) meet the ethical and religious requirements. As an expert in the field of Lifelong Education at UiTM, she has applied formal and informal teaching and learning approaches that combine elements of tradition and the latest technology. Using the method of "Coaching and Mentoring", she always refers to leading experts in the field of Lifelong Education at UiTM such as Prof. Dr Nor Aziah Alias, who was awarded the Anugerah Tokoh Akademik Hari Akademia 2022. She is now virtually attending the ESD SDG training course organised by UNESCO for two months.
I am very impressed because Ts. Siti Fatahiyah Mahamood has received various awards such as Most Influential Women in Islamic Business and Finance: WOMANi Influencer For The Year 2022" by Cambridge IFA, United Kingdom, Anugerah Akademik Universiti: Anugerah Utama: Pengajaran, Kelompok Sains Sosial & Kemanusiaan by UiTM and Anugerah Staf Akademik Terkehadapan 2022 ACIS UiTM. She believes that this success can be achieved through consistent and continuous efforts in the areas of education, teaching, research, writing, creating the latest innovations, and consultancy, even though she is somewhat tied to management duties as the Head of the Quality Unit. At the same time, she also ensures that the quality of these efforts is improved from time to time. Her involvement in academic and community activities in the country and globally was also recognised with the awards. In Teaching and Learning (T&L), she always ensures that her students benefit from what they learn and apply it in their daily lives, not just for success in their studies.
Ts Siti Fatahiyah Mahamood is also very confident that the UiTM staff are capable of achieving the same success as her. This can be achieved by incorporating 5 elements into every effort, namely:
i. Having high enthusiasm and deep interest, as well as high skills in the area they are working in
ii. Having a sense of shared ownership in maintaining the name and sustainability of the university to remain relevant at all times.
iii. Having a sense of responsibility in achieving set targets and performance indicators and confidence that the university is not being manipulated by others
iv. Determining the right direction in formulating a strategy to be implemented
v. Bertatihlah sebelum melompat, which means finding out about the current market environment and the requirements at the national and global level at an early stage.
Ts. Siti Fatahiyah Mahamood also spoke about how Warga UiTM can meet the worldly and spiritual demands and the concept of work-life balance. According to her, as caliphs on this earth, we need to divide our time wisely between career, family, worship, leisure activities, neighbours, and society. To achieve work-life balance, we need to know what to prioritise to ensure that all the amanah and responsibilities can be carried out well without neglecting some of them. She also reminded us that we need to be exceptionally strong mentally, physically, and spiritually. Otherwise, we will fail in our journey if we do not have enough strength to do all the things we want to. She also added that for a good work-life balance, we owe everything we do to Allah's will to ensure that every responsibility is fulfilled with full sincerity.
Ts Siti Fatahiyah Mahamood has also formulated a formula for Warga UiTM to achieve worldly and spiritual balance in Lifelong Education. According to her, the formula she practises is "Blending the High-Tech With The High-Touch" through the 3H-on and IIAA methods, which stand for Heads-On, Hands-On and Hearts-On. The combination of thinking, high skills and the touch of the heart based on Faith, Knowledge, Adab, and Amal make this formula very significant.
She has given another formula to be strong and overcome any problem in life, referring to the four formulas from Al-Quran, which are:
i. Believe that Allah will not test His servants with things beyond their ability (2:286).
ii. Ask Allah with patience and perform the prayer (2:45).
iii. Pray to Allah and He will answer your prayer (40:60).
iv. Repent and do good deeds (25:70).
She also concluded that as educators we should always be vigilant with all our actions, speech, thoughts, character, and personality because we will always be an example to our students. She emphasised that we should be careful not to set a wrong example to the students by our misbehaviour.
I hope that this exchange will be useful for all of us.
Finally, I would like to thank the entire team of Coffee Talk With Rozie and of course the guest panellist, Ts. Siti Fatahiyah Mahamood.
See you again on the next episode of Coffee Talk With Rozie (CTWR) 2023!

Source


Date

Files

347557501_2441745905999571_2897462803825529514_n.jpg
347560853_247209304567807_8288570220537704129_n.jpg
347583869_261938809707819_2406785811123494821_n.jpg
347585591_1046984832938177_4150095106323007835_n.jpg
347593892_780442200261328_7245543663680936558_n.jpg
347594180_624970636318624_7650792534307051103_n.jpg
347594245_795128095134744_7810493834041487995_n.jpg

Tags

Citation

“The Next Chapter: UiTM in Pursuit of Becoming a Globally Marketable University in Lifelong Education,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed April 27, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/470.

Output Formats

Geolocation