UITM Maintains Rank At 101-200 Worldwide In The Impact Rankings 2023

Title

UITM Maintains Rank At 101-200 Worldwide In The Impact Rankings 2023

Description

I am pleased to announce that UiTM has maintained its position in the Times Higher Education (THE) Impact Rankings 2023 for the fourth consecutive year. This ranking evaluates institutions based on their contribution to the United Nations' Sustainable Development Goals (SDGs) and their impact on communities and society. UiTM has secured a position of 101-200 out of 1,591 ranked institutions worldwide, with an overall score of 85.9, an improvement from last year's score of 82.8. Additionally, UiTM retains its position as the second-highest ranked university in Malaysia, sharing the same rank with Universiti Malaya and Universiti Teknologi Malaysia.
This year, UiTM submitted data for eight SDGs out of the 17 available categories and achieved higher scores compared to the previous year. Notably, UiTM ranks among the top 50 universities worldwide for SDG17 (Partnership for the Goals), SDG5 (Gender Equality), and SDG16 (Peace, Justice and Strong Institutions). Moreover, UiTM secures a place among the top 100 universities worldwide for SDG7 (Affordable and Clean Energy), SDG4 (Quality Education), and SDG1 (No Poverty).
UiTM has made significant progress in several categories this year. In SDG5 (Gender Equality), we have climbed 18 places to attain the 33rd position globally, improving from last year's rank of 51. Additionally, UiTM participated in SDG16 (Peace, Justice and Strong Institutions) for the first time, securing the 38th position worldwide. Lastly, in the mandatory SDG17 (Partnership for the Goals), UiTM jumped 17 places to the 25th rank globally, showcasing our commitment to collaboration and strategic partnerships. This year, we also participated in SDG3 (Good Health and Wellbeing) and, for the first time, SDG11 (Sustainable Cities and Communities).
As the Vice Chancellor of UiTM, I am delighted with our improved performance in the THE Impact Rankings this year. Our university actively supports the SDGs through teaching, research, stewardship, and outreach efforts. This recognition reflects our dedication to the SDGs and our commitment to upholding sustainability and prosperity as outlined in the Malaysia Madani initiative.
--------------------------------------------------------------
UITM MENGEKALKAN KEDUDUKAN 101-200 SELURUH DUNIA DALAM THE IMPACT RANKINGS 2023
Dengan sukacitanya saya ingin mengumumkan bahawa UiTM telah mengekalkan kedudukannya dalam Times Higher Education (THE) Impact Rankings 2023 selama empat tahun berturut-turut. Penarafan ini menilai sumbangan institusi berdasarkan Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kesan mereka terhadap masyarakat. UiTM berjaya menduduki kedudukan antara 101-200 daripada 1,591 institusi yang dinilai di seluruh dunia, dengan markah keseluruhan 85.9, peningkatan daripada markah tahun lalu iaitu 82.8. Selain itu, UiTM mengekalkan kedudukan sebagai universiti kedua tertinggi di Malaysia, berkongsi kedudukan yang sama dengan Universiti Malaya dan Universiti Teknologi Malaysia.
Tahun ini, UiTM telah menghantar data untuk lapan SDG daripada 17 kategori yang tersedia dan mencapai markah yang lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya. Khususnya, UiTM berada dalam kalangan 50 universiti terbaik di dunia untuk SDG17 (Perkongsian untuk Matlamat), SDG5 (Kesaksamaan Gender), dan SDG16 (Keamanan, Keadilan dan Institusi yang Teguh). Selain itu, UiTM juga menduduki tempat dalam kalangan 100 universiti terbaik di dunia untuk SDG7 (Tenaga yang Mampu Milik dan Bersih), SDG4 (Pendidikan Berkualiti), dan SDG1 (Tiada Kemiskinan).
UiTM telah membuat kemajuan yang ketara dalam beberapa kategori tahun ini. Dalam SDG5 (Kesaksamaan Gender), kami telah naik 18 tempat untuk menduduki tangga ke-33 di peringkat global, meningkat dari tangga ke-51 tahun lalu. Tambahan pula, UiTM menyertai SDG16 (Keamanan, Keadilan dan Institusi yang Teguh) untuk kali pertama dan berjaya menduduki tangga ke-38 di peringkat global. Akhirnya, dalam SDG17 (Perkongsian untuk Matlamat) yang wajib bagi semua institusi dalam THE Impact Rankings, UiTM melonjak 17 tempat ke tangga ke-25 di peringkat global, menunjukkan komitmen kami terhadap kerjasama dan perkongsian strategik. Tahun ini, kami juga menyertai SDG3 (Kesihatan dan Kesejahteraan yang Baik) dan, untuk kali pertama, SDG11 (Bandar dan Komuniti Mampan).
Sebagai Naib Canselor UiTM, saya gembira dengan peningkatan prestasi kami dalam THE Impact Rankings tahun ini. Universiti kami secara aktif menyokong SDG melalui pengajaran, penyelidikan, pengurusan, dan usaha komuniti. Pengiktirafan ini mencerminkan dedikasi kami terhadap SDG dan komitmen kami untuk mengekalkan kelestarian dan kemakmuran seperti yang dinyatakan dalam inisiatif Malaysia Madani.

Date

Files

352358776_188890254125557_7954436056370666046_n.jpg
352358802_602883991817651_2845631323433170144_n.jpg
352370158_770751968167136_7438935663080754549_n.jpg
352378444_213342714857114_2357925674143161642_n.jpg
352412678_250805350870657_3531554669657366864_n.jpg

Collection

Tags

Citation

“UITM Maintains Rank At 101-200 Worldwide In The Impact Rankings 2023,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed December 19, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/476.

Output Formats

Geolocation