Vice-Chancellor Confers Millionth Scroll On The 22nd Morning Session Of The 97th Convocation Ceremony
Title
Vice-Chancellor Confers Millionth Scroll On The 22nd Morning Session Of The 97th Convocation Ceremony
Description
On August 20, 2023, UiTM celebrates its 97th Convocation Ceremony, honoring the hard work and dedication of 1,143 graduates from the Universiti Teknologi MARA (UiTM) Negeri Sembilan Branch and UiTM Perlis Branch. The event takes place in the 22nd morning session. The ceremony begins with a congratulatory message to graduates, acknowledging the years of perseverance, commitment, and endless hours of studying that lead them to this significant milestone. It is a momentous day for the graduates of 2023, as they bask in the glory of their well-deserved degrees.
In addition to this special event, Ms Nur Liyana Athirah binti Izani, Diploma of Science, Faculty of Applied Science, originated from Kelantan, is announced as the recipient of the millionth scroll. I consider myself fortunate to be able to present the millionth scroll to this outstanding graduate during the 97th Convocation Ceremony, which makes this a memorable and extraordinary occasion. The millionth scroll represents UiTM’s, formerly known as Institut Teknologi MARA (ITM), dedication for almost 70 years to fulfil its mission by providing excellent education, showcasing the accomplishment of successfully producing competent and professional graduates for the nation.
Throughout the 22nd session, I award degrees to deserving graduates. Graduates who thrive in their respective vocations are among them. Graduates from the UiTM Negeri Sembilan Branch in Media & Communication Studies, Business & Administration, and the Academy of Contemporary Islamic Studies, as well as graduates from the UiTM Perlis Branch in Applied Sciences and Architecture, Planning, and Surveying, have been recognised for their outstanding achievements.
These remarkable individuals have been equipped with the knowledge and skills required to excel in their chosen fields. Their education in UiTM has prepared them to face the ever-evolving global landscape with confidence. Undoubtedly, they will contribute significantly and have a lasting impact on their respective industries.
However, the convocation ceremony was not the end of their journey but rather the beginning of a new chapter. The graduates were urged to embrace the opportunities and challenges that lie ahead, remain curious and committed to lifelong learning, and always strive for excellence. Armed with these qualities, they are well-positioned to make their marks in the professional world.
On behalf of the entire UiTM community, heartfelt congratulations were extended to graduates. Their achievements serve as testaments to their unwavering determination and dedication. As they venture into their future endeavors, UiTM wished them all the best, confident that they will continue to shine brightly and make significant contributions to every aspect of their lives.
Finally, the 97th UiTM Convocation Ceremony honoured 1,143 worthy graduates as well as our millionth scroll recipient. UiTM effectively developed and educated its students for a prosperous future with an esteemed leader at the helm and a remarkable dedication to quality education. The university is proud to recognise these great individuals and wishes them the best of luck as they begin their professional careers. Congratulations, graduates!
--------------------------------------------
NAIB CANSELOR MENGANUGERAHKAN SKROL KE-SEJUTA PADA SIDANG KE-22 PAGI ISTIADAT KONVOKESYEN KE-97
Pada 20 Ogos 2023, UiTM meraikan Istiadat Konvokesyen ke-97, sebagai menghargai kerja keras dan dedikasi 1,143 graduan dari UiTM Cawangan Negeri Sembilan dan UiTM Cawangan Perlis. Istiadat berlangsung pada sidang pagi ke-22. Istiadat dimulakan dengan perutusan tahniah kepada graduan, mengakui ketabahan, komitmen, dan waktu belajar yang tidak berkesudahan yang membawa mereka kepada pencapaian penting ini. Ia adalah hari yang penting bagi graduan tahun 2023, kerana mereka telah bertungkus lumus untuk menggengam ijazah yang selayaknya ini.
Di samping istiadat yang istimewa ini, Cik Nur Liyana Athirah binti Izani, Diploma Sains, Fakulti Sains Gunaan, yang berasal dari Kelantan, telah diumumkan sebagai penerima anugerah skrol ke-sejuta. Saya menganggap diri saya bertuah kerana dapat menyampaikan skrol kesejuta kepada graduan cemerlang ini semasa Istiadat Konvokesyen ke-97, yang menjadikan ini satu istiadat yang tidak dapat dilupakan dan luar biasa. Skrol Ke-Sejuta ini mewakili dedikasi UiTM yang dahulunya dikenali sebagai Institut Teknologi MARA (ITM) selama hampir 70 tahun dalam melaksanakan misinya dengan menyediakan pendidikan yang cemerlang, sekali gus mempamerkan pencapaian ITM – UiTM dalam melahirkan graduan berwibawa dan profesional untuk negara.
Sepanjang sidang ke-22, saya menganugerahkan ijazah kepada graduan yang layak. Graduan yang berkembang maju dalam kerjaya masing-masing adalah antara mereka. Graduan dari UiTM Cawangan Negeri Sembilan dalam Pengajian Media & Komunikasi, Perniagaan & Pentadbiran, dan Akademi Pengajian Islam Kontemporari, serta graduan dari UiTM Cawangan Perlis dalam bidang Sains Gunaan dan Seni Bina, Perancangan dan Ukur, telah diiktiraf atas pencapaian cemerlang mereka.
Individu-individu yang luar biasa ini telah dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk cemerlang dalam bidang yang mereka pilih. Pendidikan mereka di UiTM telah menyediakan mereka untuk menghadapi landskap global yang sentiasa berubah dengan yakin. Tidak dinafikan, mereka akan memberi sumbangan besar dan memberi impak berpanjangan kepada industri masing-masing.
Walau bagaimanapun, istiadat konvokesyen bukanlah pengakhiran perjalanan mereka tetapi permulaan lembaran baru. Para graduan digesa untuk menerima peluang dan cabaran yang mendatangi, tetap ingin tahu dan komited untuk pembelajaran sepanjang hayat, dan sentiasa berusaha untuk mencapai kecemerlangan. Berbekalkan kualiti ini, mereka berada dalam kedudukan yang baik untuk menempa nama di dunia profesional.
Bagi pihak seluruh warga UiTM, setinggi-tinggi tahniah dipanjangkan kepada para graduan. Pencapaian mereka menjadi bukti keazaman dan dedikasi mereka yang tidak berbelah bahagi. Dalam usaha masa depan mereka, UiTM mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka, yakin bahawa mereka akan terus bersinar terang dan memberi sumbangan besar kepada setiap aspek kehidupan mereka.
Akhir sekali, Istiadat Konvokesyen UiTM ke-97 memberi penghormatan kepada 1,143 graduan yang layak serta penerima Skrol Ke-Sejuta. UiTM telah membangunkan dan mendidik pelajarnya untuk masa depan yang sejahtera dengan pemimpin yang dihormati menerajui dan amat berdedikasi kepada pendidikan berkualiti. Universiti ini berbangga untuk mengiktiraf individu-individu hebat ini dan mengucapkan semoga berjaya dengan kerjaya profesional mereka. Tahniah, para graduan!
Date
Collection
Citation
“Vice-Chancellor Confers Millionth Scroll On The 22nd Morning Session Of The 97th Convocation Ceremony,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed December 26, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/490.