Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dengan TEKUN Corporation Sdn. Bhd.

Title

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dengan TEKUN Corporation Sdn. Bhd.

Description

SHAH ALAM, 15 OGOS 2023 – Satu Majlis Menandatangi Memorandum Persefahaman (MoU) telah diadakan pada 15 Ogos 2023 pada jam 10.30 pagi di Hotel De Palma, Shah Alam di antara UiTM bersama Tekun Corporation Sdn Bhd.

Jalinan kerjasama ini adalah untuk mengeratkan hubungan dua hala bagi menguatkan, menggalakkan dan membangunkan aktiviti keusahawanan dan kebolehpasaran graduan UiTM melalui aktiviti perniagaan serta peluang kerjaya bersama. Memetik kata Yang Berbahagia Prof. Datuk Dr. Hajah Roziah Mohd Janor Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, beliau amat berterima kasih dengan kewujudan TEKUN MART sebagai sebuah kedai serbaneka yang telah banyak mempermudahkan urusan pelajar mendapatkan barang keperluan dengan harga yang berpatutan dalam kawasan kampus.

Date

Files

367724383_683813573786883_1582186885347669352_n-768x485.jpg

Collection

Tags

Citation

“Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dengan TEKUN Corporation Sdn. Bhd.,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed May 4, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/492.

Output Formats

Geolocation