Kecergasan jadi keutamaan Naib Canselor UiTM

Title

Kecergasan jadi keutamaan Naib Canselor UiTM

Description

SHAH ALAM: Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM), Profesor Datuk Dr Shahrin Sahib@Sahibuddin, membuktikan komitmennya terhadap kecergasan dan sukan dengan menyertai Program Kecergasan Sukan Warga UiTM (UniFit).

Program ini diletakkan dalam “Vice Chancellor Special Project” dan dikendalikan Pusat Sukan UiTM.

Ia merupakan penyertaan rasmi pertama beliau sejak dilantik pada 2 November lalu.

Profesor Datuk Dr Shahrin yang meminati bidang sukan terutama berbasikal berkata beliau menyokong apa sahaja kegiatan sukan yang dianjurkan kerana yakin sukan dapat memartabatkan universiti.

“UiTM sentiasa menitiberatkan mengenai hal kesihatan dan kecergasan. Banyak aktiviti sukan yang telah dianjurkan bagi menggalakkan warga UiTM terus sihat. Aktiviti yang telah dijalankan pada hari ini adalah UniFitAerobic2u dan juga UniFit Cycling,” katanya.

Program UniFit 2023 berlangsung selama 3 bulan sehingga akhir tahun ini dan akan terus dianjurkan pada tahun akan datang.

Program UniFit melibatkan enam aktiviti iaitu UniFit Aerobic2u, UniFit Gym, UniFit Cycling, UniFit Swimming, UniFit Running dan UniFit Walking.

Publisher

TV3

Date

Language

Malay

Local URL

https://www.buletintv3.my/nasional/kecergasan-jadi-keutamaan-naib-canselor-uitm/?fbclid=IwAR1W2psmR4mF5vt3_0EEyfNtaAJe_TglQwbcLnY5KxayrJuC1PFOADs9kHE

Files

smuwNu7c-BULETIN-TV3-10.jpg
TlFxIkEG-BULETIN-TV3-11.jpg

Collection

Tags

Citation

“Kecergasan jadi keutamaan Naib Canselor UiTM,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed December 22, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/521.

Output Formats

Geolocation