Anak penoreh getah penerima Anugerah Sarjana Cemerlang UiTM

Title

Anak penoreh getah penerima Anugerah Sarjana Cemerlang UiTM

Description

SHAH ALAM – Penerima Anugerah Sarjana Cemerlang Universiti Teknologi Mara (UiTM), Norieziana Mohd. Noh, 27, berhasrat membawa kedua orang tuanya menunaikan haji selepas berjaya membina kerjaya nanti.

Kata graduan Sarjana Pengurusan, ini bagi menghargai jasa dan penat lelah ibu bapanya, Mohd. Noh Ahmad, 60, dan Wan Zuraini Wan Abdul Rahman, 51, dalam membesarkannya bersama lima beradik lain.

Norieziana yang berasal dari Jerantut, Pahang itu memaklumkan kemiskinan bukanlah suatu penghalang untuk berjaya sebaliknya pendorong untuk lebih berusaha dan mengecapi kejayaan.

“Saya masih teringat, ibu bapa saya bekerja kuat keluar awal pagi menoreh getah demi menyara kami enam adik-beradik.

“Mereka pun buat pelbagai kerja lain seperti memikul tiang rumah dan mengambil upah dan membersihkan kebun. Ini membuatkan saya untuk bersungguh-sungguh mengubah hidup keluarga pada masa depan,” katanya.

Terdahulu, Norieziana menerima ijazah sarjananya yang disampaikan Naib Canselor UiTM, Prof Ts. Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin pada Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-98 di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC), di sini hari ini.

XXXXXXXXXXXXXXXX" height="0" style="position: absolute; width: 0px; height: 0px; left: 0px; right: 0px; z-index: -1; border: 0px;" id="google_ads_iframe_/1009103/Kosmo_ROS_InArticle_Midrec_1" srcdoc="<body></body>">

Norieziana yang mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.90 merupakan antara graduan hasil program usahasama antara UiTM dan Yayasan Sime Darby (YSD) bermula daripada tahap Pra Diploma hingga Sarjana yang bermula lebih sedekad lalu.

Hampir 40,000 pelajar terutamanya daripada kumpulan keluarga kurang berkemampuan telah mendapat manfaat melalui program itu. -KOSMO!ONLINE

Creator

Abdul Razak Idris

Publisher

Kosmo!

Date

Language

Malay

Local URL

https://www.kosmo.com.my/2023/11/25/anak-penoreh-getah-penerima-anugerah-sarjana-cemerlang-uitm/?fbclid=IwAR1IukXQdZcSFmqFdu0Q-akSV8vLzgHNGABV8PftG5gpfWmsKZfl8_vDj78

Files

UiTM-sarjana-cemerlang.jpeg

Collection

Tags

Citation

Abdul Razak Idris, “Anak penoreh getah penerima Anugerah Sarjana Cemerlang UiTM,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed April 29, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/526.

Output Formats

Geolocation