MSN, UiTM sambung MoU kerjasama
Title
MSN, UiTM sambung MoU kerjasama
Description
SHAH ALAM: Majlis Sukan Negara (MSN) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) menyambung memorandum persefahaman (MoU) selepas tempoh yang lalu menunjukkan perkembangan positif antara kedua-dua pihak.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, MSN sentiasa menitikberatkan pelajaran semua atlet dan UiTM secara umumnya dapat membantu dengan menyediakan platform yang menyaksikan atlet dapat melanjutkan pelajaran dan dalam masa sama, menjalani latihan.
"MoU hari ini akan membuka satu ruang baharu untuk semua atlet kita yang mahu mendapatkan pendidikan tinggi kerana UiTM adalah satu jenama yang terkenal di Malaysia dan ada kampus di semua negeri.
"Saya harap MoU ini akan digunapakai oleh atlet negeri kerana saya percaya UiTM, hasrat mereka adalah untuk membantu golongan atlet kita mendapatkan pendidikan tinggi supaya selepas bersara, mereka mempunyai pelbagai pilihan.
"Ini tidak terhad kepada (atlet) elit atau pelapis ataupun program podium tetapi staf MSN juga akan menggunakan peluang ini untuk mendapatkan pendidikan," kata Hannah kepada media selepas Majlis Menandatangani MoU antara MSN dan UiTM, hari ini.
Dalam pada itu, Hannah turut mengharapkan MoU ini bakal mengubah persepsi ibu bapa terhadap karier sebagai ahli sukan.
"MoU seperti ini paling penting untuk mengubah minda, persepsi dalam kalangan ibu bapa bahawa sukan ini tak ada masa depan. Jadi mungkin, kalau ada yang tak nak pergi menerusi saluran konvensional untuk dapatkan biasiswa, sukan adalah satu saluran yang saya rasa cukup istimewa.
"Bukan semua nak gunakan saluran ini dan kini saluran ini sudah dibuka dan saya harap ibubapa boleh mula menggalakkan anak mereka untuk memilih sukan sebagai satu kerjaya," kata Hannah.

Creator
Sukhairi Thani
Source
Publisher
Berita Harian
Date
Language
Malay
Local URL
https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2023/11/1183168/msn-uitm-sambung-mou-kerjasama?fbclid=IwAR0W65Jg2ZIQLQZs8_-ZIUbw8vNGcrCyNRqRHTvEbJuTNbD4pHnCH-j_BSU
Collection
Citation
Sukhairi Thani, “MSN, UiTM sambung MoU kerjasama,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed December 22, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/536.