Tahniah atas pencapaian Universiti Teknologi MARA dalam Kelestarian 2024

Title

Tahniah atas pencapaian Universiti Teknologi MARA dalam Kelestarian 2024

Description

Saya ingin meluangkan sedikit masa untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih atas sumbangan warga UiTM ke arah pengiktirafan kelestarian UiTM dalam QS World University Rankings: Sustainability 2024. ٱلْحَمْدُ لِلّٰهِ Melalui kerja keras dan dedikasi anda, UiTM telah mendapat tempat dalam ranking berprestij ini untuk yang dua tahun berturut-turut.
Dengan izin Allah taala, UiTM telah mencapai peratusan yang lebih tinggi, meningkat sebanyak 11.6% berbanding tahun lalu, adalah juga bukti komitmen dan usaha setiap individu yang terlibat. Pencapaian ini telah melonjakkan kedudukan UiTM kepada 151 di Asia, antara 1403 institusi di peringkat dunia.
Saya bersyukur dengan peningkatan kedudukan UiTM untuk Kesan Alam Sekitar, melepasi skor median berdasarkan taburan global. ٱلْحَمْدُ لِلّٰهِ dengan menyaksikan dedikasi warga UiTM dalam mencipta impak positif kepada alam sekitar. Ditambah dengan peningkatan markah universiti untuk Kesan Sosial adalah amat memberangsangkan. Ini menandakan komitmen tinggi warga UiTM terhadap perkongsian pengetahuan, kebolehpasaran, kesaksamaan, kesihatan dan kesejahteraan serta impak pendidikan.
Saya juga ingin menyerlahkan prestasi cemerlang UiTM dalam penunjuk Tadbir Urus yang baru diperkenalkan, ٱلْحَمْدُ لِلّٰهِ berada di antara 40% institusi teratas di seluruh dunia. إِنْ شَاءَ ٱللَّٰهُ universiti akan terus mengamalkan budaya cemerlang dengan membuat keputusan yang kukuh, bekerjasama dengan perwakilan pelajar, mengamalkan budaya beretika dan ketelusan kewangan.
Secara keseluruhannya, pencapaian UiTM berada di tangga yang ke-599 daripada 1403 institusi di seluruh dunia dan menjadi institusi ke-13 tertinggi di Malaysia ٱلْحَمْدُ لِلّٰهِ. Sekali lagi, tahniah kepada warga UiTM atas sumbangan anda yang tidak ternilai kepada kejayaan UiTM dalam Kelestarian 2024.
Saya akhiri dengan firman Allah taala daripada Surah Al-A’raf : ayat 56 yg menyarankan agar manusia selalu menjaga alam dan menghindari segala bentuk kebinasaan atas muka bumi ciptaan Allah ini:
وَلَا تُفْسِدُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ بَعْدَ إِصْلَٰحِهَا وَٱدْعُوهُ خَوْفًا وَطَمَعًا ۚ إِنَّ رَحْمَتَ ٱللَّهِ قَرِيبٌ مِّنَ ٱلْمُحْسِنِينَ
Ertinya: “Dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi, sesudah (Allah) memperbaikinya dan berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik.” (Q.S Al-A’raf : 56).

https://news.uitm.edu.my

Date

Language

Malay

Local URL

https://www.facebook.com/VCUiTM/posts/365927985960003

Files

408715800_365925522626916_6612413674864705994_n.jpg

Collection

Tags

Citation

“Tahniah atas pencapaian Universiti Teknologi MARA dalam Kelestarian 2024,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed April 28, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/544.

Output Formats

Geolocation