Kunjungan hormat ke pejabat YAB Ketua Menteri Pulau Pinang

Title

Kunjungan hormat ke pejabat YAB Ketua Menteri Pulau Pinang

Description

22 Ramadan, Kunjung hormat ke pejabat YAB Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Chow Kon Yeow bersama JKEN UiTM Pulau Pinang. Terkejut juga apabila YAB KM mengulang beberapa kali, buat pertama kali seorang NC UA membuat kunjung hormat ke pejabatnya.

Pastinya kunjungan kami ini adalah untuk mengisi fungsi UiTM di Pulau Pinang melahirkan Bumiputra Professional yang kalis masa depan. 45% penduduk Pulau Pinang yang merupakan etnik terbesar adalah berbangsa Melayu. Sebagai negeri Maju, cabaran kesenjangan kaum makin melebar maka menjadi peranan UiTM memastikan jurang ini dirapatkan dengan mengisi keperluan tanaga mahir yang diperlukan.

Bidang kejuruteraan, perhotelan dan kejurutawatan yang menjadi kekuatan UiTM Pulau Pinang sejajar dengan keperluan negeri.

YAB KM teruja dengan peranan yang telah dimainkan oleh UCPP dan memberi komitmen supaya agensi negeri dan industri setempat bekerjasama dan menyokong usaha UCPP. Terima kasih YAB KM atas masa yang diluangkan.

Selesai urusan, baru ada kesempatan untuk singgah di bazar Ramadan di Bayan Baru mencari juadah berbuka sebelum naik pesawat pulang.

Terima kasih Rektor UCPP dan Team JKEN yang telah mengatur pertemuan dan hadir sama.
Usaha Taqwa Mulia

https://www.buletinmutiara.com/kerjasama-bersama-bawa.../
Rektor Uitm Pulau Pinang
#vcuitm7
#MalaysiaMADANI
#uitmdihatiku

Date

Language

Malay

Identifier

432468892639245

Local URL

https://www.facebook.com/VCUiTM/posts/432468892639245

Files

Collection

Tags

Citation

“Kunjungan hormat ke pejabat YAB Ketua Menteri Pulau Pinang,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 16, 2026, https://demo.library.uitm.edu.my/items/show/622.

Output Formats