Perasmi Program Saringan Risiko Psikososial Tempat Kerja di PTAR

Title

Perasmi Program Saringan Risiko Psikososial Tempat Kerja di PTAR

Description

Atas cakna kepada kesihatan mental, MITASA menjemput sebagai Perasmi Program Saringan Risiko Psikososial Tempat Kerja di PTAR. Tekanan mental dikalangan staff dan pelajar adalah sesuatu yang nyata yang perlu ditangani, terima kasih MITASA dan PTAR! Tahniah MITASA kerana menaja 100 ahlinya untuk disaring.

Ujian kehidupan itu pasti, kuncinya, Sabar dan ingat kepada Pencipta.. pasti hati menjadi tenteram dan tenang.

وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:

‎الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." (AlBaqarah 155-156)

‎الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللَّهِ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram. (Ali Imran 28)

Teruja juga apabila dibawa melawat antara koleksi peralatan lama perpustakaan kita, rak laci katalog buku yang kita guna waktu menjadi pelajar ITM dulu dan mesin taip tulisan jawi…

Usaha Taqwa Mulia

#vcuitm7
#UiTM25Tahun
#MalaysiaMadani
#uitmdihatiku

Date

Language

Malay

Identifier

444221048130696

Local URL

https://www.facebook.com/VCUiTM/posts/444221048130696

Files

440172587_444221234797344_7913072676195880132_n.jpg
437601226_444221218130679_4466472421684315366_n.jpg
439618626_444221174797350_4074063731800634667_n.jpg
439734482_444221211464013_1998608969156970261_n.jpg
440361831_444221251464009_6766479059203907671_n.jpg
440323079_444221258130675_345922120279041375_n.jpg
440321274_444221181464016_4594828588881715902_n.jpg
439928490_444221151464019_2685118027637059115_n.jpg
439921853_444221201464014_4834857212742269573_n.jpg
439676854_444221264797341_6147180347103014701_n.jpg
440387768_444221241464010_437149341520224181_n.jpg

Collection

Tags

Citation

“Perasmi Program Saringan Risiko Psikososial Tempat Kerja di PTAR,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed December 18, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/637.

Output Formats

Geolocation