Menerima tetamu istimewa Profesor Dr. Habibah Ashari, 14th Distinguished Tun Abdul Razak Chair Ohio University


Title

Menerima tetamu istimewa Profesor Dr. Habibah Ashari, 14th Distinguished Tun Abdul Razak Chair Ohio University


Description

Salam Jumaat. Semalam pada tanggal 23 Syawal bersamaan hari Khamis, saya telah menerima seorang tetamu yang amat istimewa. Beliau merupakan seorang guru yang telah mengesan kehidupan saya sebagai anak murid, Profesor Dr. Habibah Ashari.

Profesor Dr. Habibah Ashari merupakan 14th Distinguished Tun Abdul Razak Chair Ohio University. Beliau juga adalah mantan Pengarah International Education College INTEC, yang dahulunya dikenali sebagai KPP. Disinilah dimana kami yang merupakan budak kampung ini telah menerima didikan sehingga sampai boleh dan pandai cakap Inggeris.

Terima kasih Cik Bib dari kami KPP ITM Alumni. Thank you from the bottom of our heart, your passion as a teacher and Professor definitely mold us as who we are today. Walaupun masa tu (‘85) asyik kena marah ajer. Antara aktiviti biasa pada masa itu ialah kena bawa, baca dan menghafal kamus dan Roget’s Thesaurus sepanjang masa.

Terima kasih Cik Bib diatas hadiah buku resepi Johor.

Usaha Taqwa Mulia

#vcuitm7
#UiTM25Tahun
#MalaysiaMadani
#uitmdihatiku

Date

Language

Malay

Identifier

450365037516297

Local URL

https://www.facebook.com/VCUiTM/posts/450365037516297

Files

Collection

Tags

Citation

“Menerima tetamu istimewa Profesor Dr. Habibah Ashari, 14th Distinguished Tun Abdul Razak Chair Ohio University,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 5, 2026, https://demo.library.uitm.edu.my/items/show/647.

Output Formats