Konferensi Antarabangsa Islam Borneo XV

Title

Konferensi Antarabangsa Islam Borneo XV

Description

Alhamdulillah, saya telah selamat kembali dari menghadiri Konferensi Antarabangsa Islam Borneo XV di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, Brunei Darussalam. Tahniah di ucapkan kepada UiTM Cawangan Sarawak dan UiTM Cawangan Sabah sebagai penganjur bersama.

Titah perasmian telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Terima kasih di ucapkan kepada Datuk Hj Abdul Wahab Aziz; Pro-Canselor, bersama Isteri dan Profesor Emeritus Datuk Dr Raduan Che Rose; Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, yang bersama hadir memeriahkan majlis.

Alhamdulillah, saya juga sempat berziarah ke Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah melihat Quran , manuskrip dan pelbagai artifak Islam. UiTM menawarkan khidmat untuk pendigitalan tulisan yang sangat berharga koleksi di Balai Khazanah.

Sangat teruja melihat tulisan Jawi terus disemarakkan di negara Brunei Darussalam.

Globally Renowned, Locally Rooted

‎اوسها تقوى مليا

#vcuitm7
#UiTM25Tahun
#MalaysiaMadani
#UiTMdiHatiku

Date

Language

Malay

Identifier

471113235441477

Local URL

https://www.facebook.com/VCUiTM/posts/471113235441477

Files

Collection

Tags

Citation

“Konferensi Antarabangsa Islam Borneo XV,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 5, 2026, https://demo.library.uitm.edu.my/items/show/674.

Output Formats