Majlis Perasmian Karnival Membaca Keluarga Madani Melaka 2024

Title

Majlis Perasmian Karnival Membaca Keluarga Madani Melaka 2024

Description

Alhamdulillah saya dapat bersama YB Datuk Salhah Binti Salleh, Pegawai Kewangan Negeri Melaka yang Menjalankan Tugas Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka di Majlis Perasmian Karnival Membaca Keluarga Madani Melaka 2024. Lama juga tidak berjumpa YB yang saya kenali sejak beliau ditugaskan di Melaka. Program ini merupakan anjuran bersama Pusat Pengajian Sains Maklumat, Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik (KPPIM) dan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM). Tahniah saya ucapkan kepada penganjur.

Di majlis ini juga saya berkesempatan berpesan kepada anak-anak yang hadir, asbab Allah Anugerahkah ilmu, selain membaca juga mesti menulis berdasar ayat pertama yang turun, Surah AlAlaq.

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ (١) خَلَقَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مِنۡ عَلَقٍ (٢) ٱقۡرَأۡ وَرَبُّكَ ٱلۡأَكۡرَمُ (٣) ٱلَّذِى عَلَّمَ بِٱلۡقَلَمِ (٤) عَلَّمَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مَا لَمۡ يَعۡلَمۡ (٥)

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), (1) Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; (2) Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah; (3) Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan; (4) Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. (5)
Membaca dan Menulis itu hanya usaha, Hakikatnya Ilmu itu Allah yang mengajarkan

اوسها تقوى مليا

#vcuitm7 #UiTM25Tahun #MalaysiaMADANI #UiTMdiHatiku
#MelakaMembaca #BacaPERPUSTAM

Date

Language

Malay

Identifier

481035654449235

Local URL

https://www.facebook.com/VCUiTM/posts/481035654449235

Files

Collection

Tags

Citation

“Majlis Perasmian Karnival Membaca Keluarga Madani Melaka 2024,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 22, 2026, https://demo.library.uitm.edu.my/items/show/687.

Output Formats