Makan Malam Regimental sempena Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Muda Palapes UiTM Batch 42 di Klang

Title

Makan Malam Regimental sempena Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Muda Palapes UiTM Batch 42 di Klang

Description

Semalam menghadiri Majlis Makan Malam Regimental sempena Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Muda Palapes UiTM Batch 42 di Klang.

Turut hadir, sahabat lama, Komander 502 Rejimen Askar Wataniah, Kol. Ridzwan Bin Shoib.

Tahniah kepada semua Pegawai Muda yang telah menerima tauliah. Tahniah juga kepada Mejar Ts. Dr. Mohd Aziz Aris yang baru dinaikkan ke pangkat Mejar.

Sempat berpesan dengan petikan dari Ucapan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzudin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah waktu Istiadat Perbarisan iaitu ”Setelah diterima sebagai warga angkatan tentera, dilatih Fizikalnya, Dicanai mindanya, dibina ketahanannya, Saudara-saudari telah melalui proses transformasi fizikal, minda dan spiritual”, mengingatkan tentang tanggungjawab mempertahankan agama, bangsa dan tanah air.

Terima kasih kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai kadet PALAPES Universiti Awam ke-42 khususnya Kepada Timbalan Komadan, ketua-ketua unit, Ketua jurulatih, Koordinator-koordinator Cawangan, Penyelaras, pegawai-pegawai, Encik RSM, PTT-PTT kanan, serta barisan jurulatih.

PALAPES Universiti Teknologi MARA - Media Rasmi

Globally Renowned, Locally Rooted

‎اوسها تقوى مليا

#vcuitm7 #UiTM25Tahun #MalaysiaMADANI #UiTMdiHatiku

Source

https://www.facebook.com/VCUiTM

Date

Language

MALAY

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/T7w9S3cFx4wT8TCw/

Files

773.1.jpg
773.2.jpg
773.3.jpg
773.4.jpg
773.5.jpg
773.6.jpg
773.7.jpg
773.8.jpg
773.9.jpg
773.10.jpg
773.11.jpg
773.12.jpg
773.13.jpg
773.14.jpg
773.15.jpg
773.16.jpg
773.17.jpg
773.18.jpg
773.19.jpg
773.20.jpg

Collection

Tags

Citation

“Makan Malam Regimental sempena Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Muda Palapes UiTM Batch 42 di Klang,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed October 15, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/775.

Output Formats

Geolocation