Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian Antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Rakan Industri

Title

Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian Antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Rakan Industri

Description

Pada 4 Oktober 2024, Fakulti Sains Kesihatan UiTM telah menganjurkan Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MOA) dengan kerjasama strategik daripada tiga rakan industri yang terkemuka, iaitu YAWAS, SUMMIT, dan PHYSIOGO. Majlis yang berprestij ini telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Datuk Dr Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin, Naib Canselor Universiti Teknologi MARA di Pejabat Naib Canselor UiTM Shah Alam bersama-sama para pimpinan fakulti serta wakil-wakil industri.

Kerjasama ini merupakan inisiatif penting yang bertujuan untuk memperkukuh sinergi antara universiti dan sektor industri dalam usaha memajukan bidang sains kesihatan. Melalui kolaborasi ini, kami yakin ia akan menjadi landasan untuk memacu kecemerlangan akademik, memperkayakan penyelidikan, dan meningkatkan pembangunan profesional yang selari dengan aspirasi universiti serta negara.

Fakulti Sains Kesihatan UiTM komited untuk terus meneroka peluang-peluang kerjasama yang lebih luas bagi memastikan masa hadapan yang lebih cerah buat pelajar, staf akademik, dan juga masyarakat.

Pusat Fisioterapi Fakulti Sains Kesihatan UiTM

#UiTM #FakultiSainsKesihatanUiTM #KerjasamaIndustri #MOA #YAWAS #SUMMIT #PHYSIOGO #MenerajuiKecemerlangan #uitmdihatiku

Creator

Fakulti Sains Kesihatan UiTM

Source

https://www.facebook.com/health.science.uitm.selangor.malaysia/posts/995052895757022

Date

Language

MALAY

Identifier

https://www.facebook.com/VCUiTM

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/DzatBHULHk6uBxfS/

Files

788.1.jpg
788.2.jpg
788.3.jpg
788.4.jpg
788.5.jpg
788.6.jpg
788.7.jpg
788.8.jpg
788.9.jpg
788.10.jpg
788.11.jpg
788.12.jpg
788.13.jpg
788.14.jpg
788.15.jpg
788.16.jpg
788.17.jpg
788.18.jpg
788.19.jpg
788.20.jpg
788.1.jpg
788.2.jpg
788.3.jpg
788.4.jpg
788.5.jpg
788.6.jpg
788.7.jpg
788.8.jpg
788.9.jpg
788.10.jpg
788.11.jpg
788.12.jpg
788.13.jpg
788.14.jpg
788.15.jpg
788.16.jpg
788.17.jpg
788.18.jpg
788.19.jpg
788.20.jpg

Collection

Citation

Fakulti Sains Kesihatan UiTM , “Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian Antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Rakan Industri,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed October 14, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/788.

Output Formats