Majlis Sambutan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti UiTM Yang Baharu Dilantik
Title
Majlis Sambutan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti UiTM Yang Baharu Dilantik
Description
Pagi tadi bersama Datuk Prof KP, TKP JPT dan ahli-ahli MEU menyambut PLPU yang baharu, YBhg. Tan Sri Dato' Sri Haji Mohd Khamil bin Jamil yang telah dilantik bagi tempoh tiga (3) tahun berkuat kuasa mulai 4 November 2024 hingga 3 November 2027.
YBhg. Tan Sri berkelulusan dalam bidang undang- undang dari University of London (Program Luar ITM) memiliki pengalaman luas dalam dunia korporat dan pernah menjawat jawatan sebagai Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM Berhad selama sepuluh(10) tahun dari tahun 2006. Beliau seterusnya dilantik sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif DRB-HICOM Berhad, Pos Malaysia Berhad dan Proton Holdings Berhad sepanjang tempoh 2016 hingga 2018.
Selain itu, YBhg. Tan Sri Dato' Sri Haji Mohd Khamil bin Jamil juga pernah menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah dan Pro-Canselor DRB-HICOM University of Automotive Malaysia. Selain itu, beliau juga pernah dilantik sebagai Pro-Canselor Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dari tahun 2013 hingga 2014 dan Ahli Lembaga Pengarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dari tahun 2014 hingga 2016.
Sempat membawa Tan Sri menjejak kembali tempat-tempat utama semasa beliau membuat program Luar undang-undang di ITM dari tahun 1970 hingga 1980. Menjenguk Dewan Seri Budiman, PTAR dan Dewan Makan Seroja yang kini menjadi Dewan Serbaguna, diakhiri dengan makan tengahari di Hotel UiTM. Selamat kembali ke UiTM, sirih pulang ke gagang.
Globally Renowned, Locally Rooted
اوسها تقوى مليا
#vcuitm7
#UiTM25Tahun
#MalaysiaMADANI
#UiTMdiHatiku❤️
Date
Language
Malay
Local URL
https://www.facebook.com/share/p/15YsrhY12B/
Collection
Citation
“Majlis Sambutan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti UiTM Yang Baharu Dilantik,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed December 24, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/850.