Dialog Meja Bulat Naib Canselor AS-Malaysia 2024
Title
Dialog Meja Bulat Naib Canselor AS-Malaysia 2024
Description
Dalam memperkasakan pengantarabangsaan UiTM, semalam turut hadir di Dialog Meja Bulat Naib Canselor AS-Malaysia 2024 untuk memperkukuh jalinan kerjasama antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) bersama 24 Naib Canselor lain. Program anjuran Suruhanjaya Malaysia-Amerika untuk Pertukaran Pendidikan (MACEE) bersama Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia dan Kedutaan AS di Malaysia, tepat pada waktunya dengan AS memerima keputusan pemilihan Presidennya.
Sejak penubuhan MACEE sebaik terbentuknya Malaysia pada tahun 1963, ITM telah lebih awal mengorak langkah bekerjasama Ohio University pada tahun 1968 dan kerjasama ini masih berjalan hingga kini dengan adanya Kursi Tun Abdul Razak di Ohio Univesity. Kerjasama ITM dan MUCIA pada tahun 80’an telah melahirkan ramai profesional yang kini memimpin di pelbagai peringkat dalam negara.
Antaranya Alumni ITM/MUCIA, Datuk Hisham Hamdan, Chief Investment Officer, Khazanah, YBhg. Datuk Seri Hj Hasnol Zam Zam Bin Hj Ahmad, Ketua Setiausaha, Kementerian Perpaduan Negara, Dato' Profesor Dr. Mohammad Shatar bin Sabran, CEO OFFICIAL : Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Dato' Shahrul Zaman bin Yahya, Ahli Politik Perak, TYT Dato' Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin, Duta Besar Malaysia ke Republik Indonesia dan ramai lagi, memperlihat sumbangan UiTM dalam melahirkan pemimpin dan profesional bumiputra.
Tetamu kehormat, YBM DSD Dr Zambry Abd. Kadir, Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, TYT Edgard D. Kagan dan Pengarah Eksekurif MACEE, Curtis Johnson memberi sokongan dan berkongsi wawasan serta gagasan dalam inisiatif pendidikan yang dapat meningkatkan pembangunan pusat kecemerlangan, memperkukuh pemindahan teknologi, dan mengasah bakat muda.
Pelbagai cadangan, pandangan turut dilontarkan oleh kalangan Naib Canselor yang hadir untuk menambahbaik kerjasama sedia ada.
Sebagai penutup program, sesi menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) berlangsung antara MACEE dan UITM juga 12 universiti awam dan swasta Malaysia untuk kohort kedua tahun 2024.
Globally Renowned, Locally Rooted
اوسها تقوى مليا
#vcuitm7
#UiTM25Tahun
#MalaysiaMADANI
#UiTMdiHatiku

Date
Language
Malay
Local URL
https://www.facebook.com/share/p/14QtejQmX9/
Collection
Citation
“Dialog Meja Bulat Naib Canselor AS-Malaysia 2024,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed December 19, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/856.