Majlis Pelancaran Kad Kredit AFFIN UiTM
Title
Majlis Pelancaran Kad Kredit AFFIN UiTM
Description
Alhamdulillah, petang semalam, 7 November, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan AFFIN Group mengumumkan kerjasama untuk melancarkan Kad Kredit AFFIN UiTM eksklusif kepada warga UiTM yang terdiri daripada alumni, graduan, dan kakitangan daripada pelbagai tahap pendapatan, serta faedah eksklusif khas.
Turut hadir YBhg. Datuk Omar Shariff Mydeen, Ahli Lembaga Pengarah Universiti, dan seluruh pengurusan tertinggi Affin Islamic. Terima kasih kepada semua.
Dengan yuran tahunan percuma dan pelbagai kemudahan yang diberikan kepada warga UiTM, bagi mereka yang mendaftar awal, pihak Affin menyediakan hadiah seperti Vespa, Jam Garmin, dan pelbagai hadiah menarik. Jom daftar!
Tahniah dan terima kasih kepada Bendahari serta seluruh warga pejabat Bendahari, juga kepada Persekutuan Alumni Universiti Teknologi MARA Malaysia dan seluruh persatuan Alumni UiTM atas sokongan mereka terhadap usaha ini.
Terserempak dengan dua orang Alumni UiTM di bahagian kad kredit Affin, saya secara spontan menghadiahkan pin logo UiTM kepada kedua-dua Alumni tersebut.
Semoga mereka turut mengharumkan nama UiTM.
Tahniah!
Globally Renowned, Locally Rooted
اوسها تقوى مليا
#vcuitm7
#UiTM25Tahun
#MalaysiaMADANI
#UiTMdiHatiku❤️
Date
Language
Malay
Local URL
https://www.facebook.com/share/p/1BZCTywaSE/
Citation
“Majlis Pelancaran Kad Kredit AFFIN UiTM,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed December 19, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/857.