Menghadiri Majlis Perasmian Kongres Saintifik Tahunan 2024 yang bertemakan "Navigating Complexities in Medicine"
Title
Menghadiri Majlis Perasmian Kongres Saintifik Tahunan 2024 yang bertemakan "Navigating Complexities in Medicine"
Description
Menjunjung kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia, Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah, yang bercemar duli berangkat merasmikan Majlis anjuran bersama Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA), UiTM, bersama College of Physicians Malaysia, Annual Scientific Congress 2024 dengan tema "Navigating Complexities in Medicine."
YB Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, turut hadir membuat perkongsian serta menyambut keberangkatan Duli Tuanku ke HASA. Terima kasih kepada College of Physicians Malaysia yang sudi bekerjasama untuk penganjuran ini.
Turut hadir, Dato' Sri Nor Azman Ayob, Deputy Secretary-General (Finance) KKM, Datuk Seri Dr. Paras Doshi, Presiden College of Physicians Malaysia, dan Profesor Dr. Rosmawati Mohamed, Master of the Academy of Medicine of Malaysia.
Terima kasih kepada Prof. Dr. Ahmad Izuanuddin Ismail, yang menjadi penghubung kepada entiti utama untuk penganjuran ini.
Globally Renowned, Locally Rooted
اوسها تقوى مليا
#HospitalAlSultanAbdullah
#vcuitm7
#UiTM25Tahun
#MalaysiaMADANI
#UiTMdiHatiku❤️
Date
Language
Malay
Local URL
https://www.facebook.com/share/p/15TfTk8Lmt/
Collection
Citation
“Menghadiri Majlis Perasmian Kongres Saintifik Tahunan 2024 yang bertemakan "Navigating Complexities in Medicine",” Minda Naib Canselor UiTM, accessed December 19, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/882.