Peningkatan Semangat dan Ukhwah melalui Program CSR dan Team Building Exco Pewani UiTM

Title

Peningkatan Semangat dan Ukhwah melalui Program CSR dan Team Building Exco Pewani UiTM

Description



Alhamdulillah selesai program CSR dan Team Building Exco Pewani Pusat, semoga peningkatan semangat juang dan merapatkan ukhwah penyatuan jiwa terhasil dari program yang telah dilaksanakan. Kita juga mengambil peluang untuk healing dan rebonding.

Semoga permusafiran ini telah mengenalkan kita siapa sahabat kita dan siapa kita sebenarnya. Apa kekuatan kita dan kekuatan sahabat kita, apa kelemahan kita dan kelemahan sahabat. Kelemahan itu untuk dijadikan sempadan, bukan pula untuk membuka aib. Dengan berpadunya kita dalam satu pertubuhan, maka kita saling melengkap dengan sinergi kekuatan berganda, InsyaAllah.

Terima kasih juga kepada PEWANI Sabah atas kerjasama erat dan pelayanan terbaik!

Umar Al-Khattab berpesan, kalau hendak KENAL seseorang, jangan dari jauh. Tapi, dengan cara:

Musafir bersama
Makan bersama
Tidur bersama
Benar juga kata guru kita dan ramai ulama: "Kita tidak akan benar-benar mengenali seseorang itu melainkan setelah bermusafir dengannya."

Mengembara dinamakan sebagai safar, disebabkan permusafiran membongkar serta menonjolkan amalan, karakter, lumrah tabiat, sikap, dan akhlak sebenar seseorang, kerana ketika itu bermacam cabaran dan kesukaran yang dilalui bersama.

Justeru, hakim/qadhi dahulu kala apabila menerima tazkiah (syor) atau kritikan seseorang terhadap seseorang, mereka akan bertanya kepadanya: "Adakah kamu pernah bermusafir dengannya?" Jika jawapannya tidak, maka mereka akan berkata kepadanya: "Jika begitu, kamu belum benar-benar mengenalinya!"

Hadis daripada Abu Hurairah R.A., Baginda S.A.W bersabda: "Permusafiran itu adalah sekelumit daripada azab. Ianya menghalang kamu daripada tidur dan makan. Apabila telah selesai menunaikan hajat daripada permusafiran tersebut, maka segeralah kembali kepada ahli keluarganya."
[HR. Bukhari & Muslim]

Pewani Uitm
Globally Renowned, Locally Rooted

‎اوسها تقوى مليا

#vcuitm7
#UiTM25Tahun
#MalaysiaMADANI
#UiTMdiHatiku❤️

Date

Language

Malay

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/19YXRnaH42/

Files

VC Wrap Up CSR Teambuilding Pewani (16).jpg
VC Wrap Up CSR Teambuilding Pewani (15).jpg
VC Wrap Up CSR Teambuilding Pewani (14).jpg
VC Wrap Up CSR Teambuilding Pewani (13).jpg
VC Wrap Up CSR Teambuilding Pewani (12).jpg
VC Wrap Up CSR Teambuilding Pewani (11).jpg
VC Wrap Up CSR Teambuilding Pewani (10).jpg
VC Wrap Up CSR Teambuilding Pewani (9).jpg
VC Wrap Up CSR Teambuilding Pewani (8).jpg
VC Wrap Up CSR Teambuilding Pewani (7).jpg
VC Wrap Up CSR Teambuilding Pewani (6).jpg
VC Wrap Up CSR Teambuilding Pewani (5).jpg
VC Wrap Up CSR Teambuilding Pewani (4).jpg
VC Wrap Up CSR Teambuilding Pewani (3).jpg
VC Wrap Up CSR Teambuilding Pewani (2).jpg
VC Wrap Up CSR Teambuilding Pewani (1).jpg

Collection

Tags

Citation

“Peningkatan Semangat dan Ukhwah melalui Program CSR dan Team Building Exco Pewani UiTM,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed December 19, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/928.

Output Formats