Menunaikan Janji, Menyampaikan Doa dan Ingatan
Title
Menunaikan Janji, Menyampaikan Doa dan Ingatan
Description
Alhamdulillah, direzkikan menunaikan janji makan tengah hari bersama Dr. Rafidah Rosman dan suami, Sdr. Shahizwan Nordzahir. Lama juga kami bersembang. Rupanya ramai pula yang mengirim pesan, telah beliau sampaikan. Saya ambil maklum dan ingatan.
Terima kasih, Dr. Rafidah, kerana menyampaikan coretan yang tercatat dengan ayat-ayat puitis, yang saya kira mengambil masa juga untuk disempurnakan, dari hati menusuk ke hati jua. Terima kasih juga kepada cucunda Ridhwan Ameeruddin atas catatan surat dalam bahasa Inggeris dan lukisan arca oleh cucunda Ridhwan Anas dan Ridhwan Affan, yang pastinya, semua anak kami juga namanya bermula dengan huruf A.
Saya titipkan untuk semua cucunda, doa yang Nabi SAW doakan untuk Ibnu Abbas RA, yang akhirnya beliau menjadi seorang ilmuwan:
اللهم فقههم في الدين، وعلّمهم التأويل والحكمة
Ya Allah, berikanlah mereka kefahaman tentang agama, dan ajarilah mereka ilmu ta’wil dan hikmah.
Semoga semuanya menjadi anak yang soleh, taat kepada ibu dan ayah, direzkikan ilmu yang bermanfaat, dilimpahi keluasan rezeki, bahagia hidup dunia dan akhirat. Amin.
Sempat juga menyampaikan pin logo UiTM kepada Sdr. Shahizwan yang merupakan Alumni UiTM. Semoga UiTM sentiasa di hati ❤️.
Globally Renowned, Locally Rooted
اوسها تقوى مليا
#vcuitm7
#UiTM25Tahun
#MalaysiaMADANI
#UiTMdiHatiku❤️
Date
Language
Malay
Local URL
https://www.facebook.com/share/p/1EVEx1sJfN/
Collection
Citation
“Menunaikan Janji, Menyampaikan Doa dan Ingatan,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed January 31, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/931.