Bersama Mahasiswa & Mahasiswi UiTM Kampus Jengka dalam program Mujahid Subuh.
Title

Description
Hari ini Sabtu, 4 Januari 2025 dari subuh bersama Mahasiswa & Mahasiswi UiTM Kampus Jengka dalam program Mujahid Subuh. Selesai menyalin pakaian, menyertai kayuhan basikal bersama barisan JKEN dan staf UiTM Cawangan Pahang mengelilingi kawasan kampus Jengka dari jam 8 pagi hingga jam 12 tengahari.
Alhamdulillah telah melawat kawasan ladang dan telah menyempurnakan penanaman pokok sawit. Seterusnya, meneruskan kayuhan basikal ke tapak semaian durian musang king UTF.
Kayuhan basikal diteruskan lagi sehingga ke Kem Sri Gading dan sempat menyampaikan ucapan kepada pelajar kokurikulum SISPA yang sedang menjalani latihan. Setelah itu, meneruskan kayuhan lagi ke tasik PPIP dan sempat berkayak bersama-sama JKEN dan para pelajar dari Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi.
Seusai itu, kita melawat Bengkel Perkayuan PPIP sebelum meneruskan kayuhan ke tapak projek penanaman pokok perubatan , satu-satunya projek seumpana ini yang telah diberi kebenaran oleh KKM.
Tengahari dijamu ikan sungai masakan Pahang, Patin semalam Baung .. selepas itu menghala ke Pulau Tawar, berziarah di Madrasah An Nabawiyyah Lid Dirasatil Islamiyyah, Maulana Hilmi, bersolat Asar, sempat menunggang kuda sebelum menziarah Makam Almarhum Pendekar Mat Kilau, Alfatihah.
Tahniah kepada Maulana Hilmi yang telah “menghidupkan” kembali masjid yang bersejarah yang suatu ketika dahulu telah manjadi usang, kini “meriah” dengan anak-anak yang menuntut di Madrasah An Nabawiyyah.
Kami sempat duduk meyandar di tiang Masjid di mana dikatakan Mat Kilau, selesai membaca AlQuran, selepas solat Jumaat Jumaat 26 Disember 1969 mengaku beliaulah Mat Kilau.
Globally Renowned, Locally Rooted
اوسها تقوى مليا

Source
https://www.facebook.com/VCUiTM
Date
Language
Malay
Local URL
https://www.facebook.com/VCUiTM/posts/pfbid0dAf1yQiSgBamMQSgcnWqcH1NTGaPRR27k8EzZAhpRXNy4Gwsr2fTrdY9ZGr4Xdd1l
Collection
Citation
“Bersama Mahasiswa & Mahasiswi UiTM Kampus Jengka dalam program Mujahid Subuh.,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed January 18, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/955.