Rektor baharu yang telah dilantik dan yang telah dilantik semula

Title

Rektor baharu yang telah dilantik dan yang telah dilantik semula

Description

Mudah-mudahan dengan berkat Jumaat, ucapan Tahniah kepada Rektor baharu yang telah dilantik dan yang telah dilantik semula:

Pahang
YBrs. Prof. Ts. Dr. Azhan Hashim @ Ismail

Sarawak
YBrs. Prof. Dr. Firdaus Abdullah @ Kenneth Kevin Akeu

Melaka
YBhg. Datuk Prof. Ts. Dr. Mohd Rasdi bin Zaini Profesor

Terengganu
YBrs. Ts. Dr. Ermeey Abd Kadir

Kelantan
YBrs. Prof. Dr. Mohd Afandi Mat Rani

Negeri Sembilan
YBrs. Prof. Dr. Yamin Yasin

Semoga dipermudahkan urusan kita semua untuk membawa UiTM terkemuka ke persada dunia.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Timbalan-Timbalan Rektor yang telah menjalankan fungsi Rektor dengan jayanya, Terima Kasih.

Punca kuasa lantikan Provos yang kini memakai gelaran Rektor, Petikan dari Akta 173;

Cawangan Universiti
7. (1) Menteri boleh, selepas berunding dengan Lembaga, mengarahkan Lembaga supaya menubuhkan dan menyenggarakan
Cawangan atau Cawangan-Cawangan Universiti di mana-mana tempat di Malaysia yang difikirkan wajar oleh Menteri bagi maksud menjalankan peruntukan Akta ini.

(2) Menteri hendaklah melantik berkenaan dengan sesuatu Cawangan seorang Provos Cawangan yang hendaklah menjadi pegawai utama eksekutif, pentadbiran dan akademik Cawangan, dan dia hendaklah melaksanakan fungsinya dan menunaikan kewajipannya di bawah arahan dan kawalan Naib Canselor.

Source

https://www.facebook.com/VCUiTM

Date

Language

Malay

Local URL

https://www.facebook.com/VCUiTM/posts/pfbid02YDSLwzYDi1M1LJf7ZNsQYqSG4yE3tR7idQVUCziov8XY2fwCaqh5i9cNJu7Mpspil

Files

B1.jpg
B2.jpg
B3.jpg
B4.jpg
B5.jpg
B6.jpg
B7.jpg

Collection

Tags

Citation

“Rektor baharu yang telah dilantik dan yang telah dilantik semula,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed January 31, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/972.

Output Formats

Geolocation