Kunjungan Hormat ke Kedutaan Malaysia di Pakistan: Membangun Kerjasama UiTM dengan Comstech dan Universiti Pakistan

Title

Kunjungan Hormat ke Kedutaan Malaysia di Pakistan: Membangun Kerjasama UiTM dengan Comstech dan Universiti Pakistan

Description

Lewat petang semalam, membuat kunjung hormat kepada Duta Malaysia di Pakistan TYT Dato’ Muhammad Azhar Mazlan bersama pegawai-pegawai kedutaan.

Kami berbincang peranan UiTM bersama Comstech dan kerjasama dengan universiti di Pakistan. Memohon sokongan Kedutaan untuk aktiviti akan datang yang akan melibatkan pertukaran Staff dan Pelajar, kerjasama penyelidikan juga CSR. Comtech melihat UiTM sebagai rakan kongsi utama di Malaysia seterusnya mencapai GRU2025.

Tahun lalu Fakulti Perhotelan telah membuat latihan sebagai khidmat masyarakat di daerah Gilgit dan insyaAllah akan diteruskan.

Paling menarik apabila TYT Dato’ mengeluarkan ayat “saya juga Alumni ITM”. Terdapat dua orang lagi pegawai kedutaan merupakan Alumni UiTM, kami titipkan Pin logo UiTM sebgai tanda kenangan semoga UiTM tetap di hati!

Pertemuan ditutup dengan jamuan makan malam bersama pegawai-pegawai kedutaan.



Source

https://www.facebook.com/VCUiTM

Date

Language

Malay

Local URL

https://www.facebook.com/VCUiTM/posts/pfbid0c5KcLrqsVeBf9oweTPVfthg1TBseDjni8yZ7oZTVGgULbjy35ewpF8oEtVXZWhhil

Files

IMG_3737.jpeg
IMG_3738.jpeg
IMG_3739.jpeg
IMG_3740.jpeg
IMG_3741.jpeg
IMG_3742.jpeg
IMG_3743.jpeg
IMG_3744.jpeg
IMG_3745.jpeg
IMG_3746.jpeg

Collection

Tags

Citation

“Kunjungan Hormat ke Kedutaan Malaysia di Pakistan: Membangun Kerjasama UiTM dengan Comstech dan Universiti Pakistan,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed January 29, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/982.

Output Formats

Geolocation