"Madrasah Ramadan: Membentuk Sifat Mahmudah, Menyingkirkan Sifat Mazmumah"

Title

"Madrasah Ramadan: Membentuk Sifat Mahmudah, Menyingkirkan Sifat Mazmumah"

Description



‎ا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa (Al-Baqarah 183) Dalam Minhaj al-Abidin, Imam al-Ghazali memberikan definisi takwa menjadi tiga:

Pertama: Takwa yang bererti takut. Allah berfirman, "..dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu takut." (Al-Baqarah: 41)

Kedua: Takwa bermakna taat, sesuai dengan firman Allah, "Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa" (Ali Imran: 102). Ibnu Abbas mentafsirkannya dengan "Taatlah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taat."

Ketiga: Takwa yang bererti membersihkan hati daripada segala dosa. Semoga madrasah Ramadan ini membersihkan hati kita dari segala penyakit hati dan dosa. Sama-sama kita jadikan senarai semak perihal sifat terpuji dan yang tercela seperti yang digariskan oleh Imam Ghazali.

Ayuh kita azam untuk hapuskan semua sifat Mazmumah dan pastikan wujudnya pula semua sifat Mahmudah dalam diri ini dengan kita membuat penilaian kendiri.

Siapa yang lebih kenal diri kita kalau tidak kita sendiri!
Semoga kita keluar dari madrasah Ramadan nanti dengan kesempurnaan sifat Mahmudah dan lenyapnya segala sifat Mazmumah, InsyaAllah, amin. Imam Al-Ghazali r.a. menggariskan sepuluh sifat Mahmudah (Terpuji) di dalam kitab Arbain Fi Usuluddin iaitu:

١) توبة (Taubat)
٢) خوف (Khauf - Takut)
٣) زهد (Zuhud)
٤) صبر (Sabar)
٥) شكر (Syukur)
٦) إخلاص (Ikhlas)
٧) توكل (Tawakkal)
٨) محبة (Mahabbah - Kasih Sayang)
٩) رضا (Redha)
١٠) ذكر الموت (Zikrul Maut - Mengingati Mati)

Imam Al-Ghazali juga telah menggariskan sepuluh sifat Mazmumah (Tercela) di dalam kitab tersebut iaitu:
١) بانيق ماكن (Banyak Makan)
٢) بانيق برچاكڤ (Banyak Bercakap)
٣) مره (Marah)
٤) حسد (Hasad)
٥) بخيل (Bakhil)
٦) چينتاكن كمڬهن (Cintakan Kemegahan)
٧) چينتاكن دنيا (Cintakan Dunia)
٨) بڠݢ ديري (Bangga Diri)
٩) عجب (Ujub - Hairan Diri)
١٠) رياء (Riya' - Menunjuk-nunjuk)

Semoga Allah SWT menggantikan sifat Mazmumah dalam diri kita dengan sifat Mahmudah. Dengan berkat Ramadan, semoga Allah SWT memberi kita kekuatan untuk memperbaiki diri kita yang lemah ini, amin.

Globally Renowned, Locally Rooted

‎دمي اڬام، بڠسا دان تانه اير

‎اوسها، تقوى، مليا

#vcuitm7
#GRU2025
#MalaysiaMADANI
#UiTMdiHatiku

Date

Language

Malay, Arabic

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/16C6zBpimw/

Files

481771672_650703547482444_3903073732131048967_n.jpg

Collection

Citation

“"Madrasah Ramadan: Membentuk Sifat Mahmudah, Menyingkirkan Sifat Mazmumah",” Minda Naib Canselor UiTM, accessed April 2, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1052.

Output Formats