Salam Jumaat 6 Ramadan: Pemurah di Bulan Penuh Keberkatan
Title
Salam Jumaat 6 Ramadan: Pemurah di Bulan Penuh Keberkatan
Description

Salam Jumaat 6 Ramadan, Daripada Ibn ‘Abbas RA:
كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم أَجْوَدَ النَّاسِ، وَأَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِي رَمَضَانَ، حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ، وَكَانَ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلاَمُ يَلْقَاهُ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ، فَيُدَارِسُهُ الْقُرْآنَ فَلَرَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَجْوَدُ بِالْخَيْرِ مِنَ الرِّيحِ الْمُرْسَلَةِ
Maksudnya: Nabi ﷺ adalah orang yang paling pemurah, dan Baginda menjadi lebih pemurah pada bulan Ramadan ketika Jibril AS bertemu dengannya. Jibril AS bertemu dengan Nabi ﷺ pada setiap malam bulan Ramadan untuk mengulangkaji Al-Quran, dan Rasulullah ﷺ menjadi lebih pemurah daripada angin yang bertiup kencang. (Riwayat Al-Bukhari, 3554)
Hadis riwayat Anas RA menyebutkan:
سُئِلَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم أَىُّ الصَّوْمِ أَفْضَلُ بَعْدَ رَمَضَانَ فَقَالَ: شَعْبَانُ لِتَعْظِيمِ رَمَضَانَ . قِيلَ فَأَىُّ الصَّدَقَةِ أَفْضَلُ قَالَ: صَدَقَةٌ فِي رَمَضَانَ
Maksudnya: Seorang sahabat bertanya kepada Nabi ﷺ, "Puasa apakah yang terbaik selepas Ramadan?" Rasulullah ﷺ menjawab, "Puasa di bulan Sya‘ban kerana ia mengagungkan Ramadan." Lalu ditanya lagi, "Sedekah apakah yang paling utama?" Nabi ﷺ menjawab, "Sedekah di bulan Ramadan." (Riwayat Al-Tirmizi, 663)
Daripada Jabir bin Abdullah RA:
كُلُّ مَعْرُوفٍ صَدَقَةٌ
Maksudnya: "Setiap kebaikan adalah sedekah." (Riwayat Al-Bukhari, 6021 & Muslim, 1005) Hadis lain dari Jabir bin Abdullah RA menyebutkan:
عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كُلُّ مَعْرُوفٍ صَدَقَةٌ وَإِنَّ مِنْ الْمَعْرُوفِ أَنْ تَلْقَى أَخَاكَ بِوَجْهٍ طَلْقٍ وَأَنْ تُفْرِغَ مِنْ دَلْوِكَ فِي إِنَاءِ أَخِيكَ
Maksudnya: "Setiap kebaikan adalah sedekah. Di antara bentuk kebaikan itu adalah bertemu dengan saudaramu dengan wajah yang ceria dan menuangkan air dari timbamu ke dalam bejana milik saudaramu." (Riwayat Tirmizi, 1893)
Hadis lain juga menyebutkan:
تَبَسُّمُكَ فِى وَجْهِ أَخِيكَ لَكَ صَدَقَةٌ
Maksudnya: "Senyummu di hadapan saudaramu adalah sedekah bagimu." (Riwayat Tirmizi, 1956)
Ayuh, kita perbanyakkan amal kebajikan serta sedekah di bulan Ramadan yang mulia ini. Sesungguhnya, sedekah yang paling mudah adalah memberikan senyuman manis dan ikhlas kepada orang di sekeliling kita sepanjang masa.
Globally Renowned, Locally Rooted
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير اوسها تقوى مليا
#Ramadan
#vcuitm7
#GRU2025
#MalaysiaMADANI
#UiTMdiHatiku❤️
Local URL
https://www.facebook.com/share/p/1E7qsKJdt2/
Citation
“Salam Jumaat 6 Ramadan: Pemurah di Bulan Penuh Keberkatan,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed March 26, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1063.