IT’S LIKE HOMECOMING FOR ME

Title

IT’S LIKE HOMECOMING FOR ME
IBARAT SIRIH PULANG KE GAGANG

Description

I was overwhelmed with pride and excitement as I touched base with the Faculty of Computer & Mathematical Sciences (FSKM). The Dean kicked off the walkabout tour with an extremely informative presentation with all the staff joining in a hybird mode meet-up.
Housing 17,389 students nationwide, FSKM is equipped with facilities like the Big Data Lab, High Performance Computing Lab, Cisco Academy Lab, Digital Forensic Lab, Security Operation Centre, and Global Learning Space. The faculty has recorded incredible achievements starting with a graduate employability rate of 84% by MDEC, improvement in the indexed journal by academics from 47% in 2019 to 58% in 2020, more than 500 of its students receiving Oracle certification embedded in the academic courses, and to top it all corporations like Maybank, MDEC, AmBank, Petronas and AIA have pledged its commitment to becoming Top 5 employers for internship placements.
Before signing off, I was introduced to Mohamad Ameer Imran, Muhammad Amirul Asyraaf and Muhammad Irfan from the students’ representatives and organising committee of MIDT2021 (Malaysia Data Innovation Talent).
Later in the afternoon, I presented the reappointment letter to Prof Dato’ Dr Mohd Zaki Salleh as a contract professor. Congratulations on your reappointment! May you continue to advance pharmacogenomics research and innovation.
Lastly, I wish to thank Dato’ Mohd Asry Hj Samion from PI6 and Mr Samsuzuha Che Noh from USM for dropping by on a courtesy visit.
Saya merasa bangga dan teruja saat tiba di Fakulti Sains Komputer & Matematik (FSKM). Sesi lawatan saya dimulakan dengan pembentangan yang sangat informatif oleh Dekan melibatkan semua staf secara hibrid.
Dengan 17,389 pelajar di seluruh kampus, FSKM di lengkapi dengan Makmal Data Raya, Makmal Pengkomputeran Berprestasi Tinggi, Makmal Akademi Cisco, Makmal Forensik Digital, Pusat Operasi Keselamatan dan Ruang Pembelajaran Global. Fakulti ini mencatatkan
pencapaian yang hebat bermula dengan peratusan kebolehpasaran siswanya sebanyak 84% menurut MDEC. Peningkatan jurnal berindeks para pensyarah dari 47% (2019) kepada 58% (2020), dan lebih 500 orang pelajarnya menerima pensijilan Oracle yang diserapkan dalam kursus akademik. Tambah lagi, organisasi korporat seperti Maybank, MDEC, AmBank, Petronas dan AIA menjadi 5 majikan teratas yang menempatkan pelajar menjalani latihan industri.
Sebelum mengakhiri lawatan, saya diperkenalkan kepada Mohamad Ameer Imran, Muhammad Amirul Asyraaf dan Muhammad Irfan yang merupakan wakil pelajar dan jawatankuasa penganjur MIDT2021 (Malaysia Data Innovation Talent).
Pada sebelah petang, saya menyampaikan surat pelantikan semula Prof Dato’ Dr Mohd Zaki Salleh sebagai Profesor kontrak. Tahniah! Semoga Dato’ dapat memajukan lagi penyelidikan dan inovasi Farmakogenomiks.
Akhir sekali, saya juga mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Mohd Asry Hj Samion dari PI6 dan Encik Samsuzuha Che Noh dari USM di atas kunjungan ke pejabat Naib Canselor.

Source


Relation


Files

cs.jpg
cs1.jpg

Tags

Citation

“IT’S LIKE HOMECOMING FOR ME,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed April 26, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/17.

Output Formats