KAJIAN IMPAK KEMPEN PEMBUDAYAAN NORMA BAHARU OLEH UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) BERSAMA AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA (NADMA)

Title

KAJIAN IMPAK KEMPEN PEMBUDAYAAN NORMA BAHARU OLEH UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) BERSAMA AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA (NADMA)

Description

SHAH ALAM - Kajian Impak Kempen Pembudayaan Norma Baharu oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) bersama Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) mendapati lebih 90 peratus daripada kira-kira 12,000 responden memahami prosedur operasi standard (SOP) norma baharu bagi mendepani pandemik Covid-19.

Ketua Penyelidik Kajian Impak Pembudayaan Norma Baharu, Profesor Dr Yarina Ahmad berkata, rata-rata responden turut bersetuju bahawa SOP yang dilaksanakan oleh kerajaan bertepatan dalam mendepani wabak berkenaan.

Beliau berkata, kajian ke atas responden daripada pelbagai latar belakang sosial serta ekonomi itu membabitkan kutipan data selama empat bulan bermula bulan September tahun lepas, dan kajian mendapati 94 peratus responden menyatakan kepatuhan terhadap pemakaian pelitup muka.

“Sebanyak 91 peratus didapati mematuhi arahan penjarakan fizikal, dan 90 peratus menggunakan cecair pembasmi kuman sebagai alternatif mencuci tangan sekiranya tiada air dan sabun,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pengiktirafan Malaysia Book of Records: Kajian Pandemik Covid-19 Pertama Berkaitan Impak Pembudayaan Norma Baharu kepada UiTM di sini pada Jumaat.

Sementara itu Ketua Pengarah Nadma, Datuk Dr Aminuddin Hassim berkata, Nadma diberi peranan bagi pengurusan norma baharu itu, dan pihaknya perlu mengkaji keberkesanan sistem pengurusan berkenaan menerusi kerjasama dengan UiTM.

“Sebab itulah kita bekerjasama dengan UiTM untuk memperoleh pendapat daripada rakyat dan orang awam, apa yang mereka rasakan dan ia bukan retorik. Mereka betul-betul amalkan SOP contohnya pemakaian pelitup muka dan cecair pembasmi kuman,” katanya. - Bernama

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/171999/BERITA/Nasional/Lebih-90-peratus-responden-faham-setuju-SOP-norma-baharu

© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Creator

© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Files

1265906.jpg

Collection

Tags

Citation

© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf, “KAJIAN IMPAK KEMPEN PEMBUDAYAAN NORMA BAHARU OLEH UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) BERSAMA AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA (NADMA),” Minda Naib Canselor UiTM, accessed December 20, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/179.

Output Formats