VICE CHANCELLOR OF UiTM PAID A COURTESY VISIT TO H.E. THE GOVERNOR OF SARAWAK

Title

VICE CHANCELLOR OF UiTM PAID A COURTESY VISIT TO H.E. THE GOVERNOR OF SARAWAK

Description

My visit to UiTM Sarawak Branch on 18 February 2022 began with a courtesy call on His Excellency Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri of Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud and Her Excellency Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Raghad Kurdi Taib.
During the session, I was with the Assistant Vice-Chancellor (Strategy), Rector of UiTM Sarawak Branch, and officials from the Vice Chancellor's Office. I have presented the current developments and achievements of UiTM while also appreciating His Excellency the Governor's historical recount, unique culture, and development of the state of Sarawak.
Indeed, His Excellency's knowledge and experience are precious. I was also informed UiTM has received a special grant for Wali Songo's research, to which His Excellency proposed the study resulted in the establishment of Galeri Islam Nusantara at the UiTM Sarawak Branch.
I would like to take this opportunity to offer my heartfelt gratitude to His Excellency the Governor for accepting the courtesy call from the UiTM delegation. May Allah SWT bless His Excellency, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri of Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, and Her Excellency Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Raghad Kurdi Taib. ~RT

KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS TYT GABENOR SARAWAK OLEH NAIB CANSELOR UiTM.
Lawatan saya ke UiTM Cawangan Sarawak pada 18 Februari 2022 dimulakan dengan kunjungan hormat ke atas TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dan YABHG Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Raghad Kurdi Taib.
Dalam sesi tersebut, saya bersama dengan Penolong Naib Canselor (Strategi), Rektor UiTM Cawangan Sarawak serta pegawai dari Pejabat Naib Canselor. Saya telah membentangkan perkembangan dan pencapaian semasa UiTM di samping menghayati perkongsian sejarah ringkas, budaya unik dan pembangunan negeri Sarawak. Ternyata ilmu dan pengalaman TYT Tun Gabenor sangat berharga nilainya, bahkan saya juga dimaklumkan bahawa UiTM telah menerima geran khusus bagi penyelidikan Wali Songo di mana TYT Tun Gabenor sendiri memberi idea supaya kajian itu digerakkan sehingga tertubuhnya Galeri Islam Nusantara di UiTM Cawangan Sarawak.
Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi penghargaan atas peluang yang diberikan oleh TYT Tun Gabenor atas perkenan menerima kunjungan hormat delegasi dari UiTM. Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat-Nya ke atas TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dan YABHG Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Raghad Kurdi Taib. ~RT

Source

Publisher

Date

24 February 2022