YOUR WEAKNESSES ARE NOT YOUR DOWNFALL; THERE ARE STRENGTHS WITHIN YOU THAT YOU SHOULD SEEK AND BELIEVE IN.

Title

YOUR WEAKNESSES ARE NOT YOUR DOWNFALL; THERE ARE STRENGTHS WITHIN YOU THAT YOU SHOULD SEEK AND BELIEVE IN.

Description

On 12 February, my walkabout tour continued again. I was at UiTM Kelantan Branch this time, visiting Pulau Suri located in Tumpat. Here, the economic development programme of the local community can be seen with activities such as the floating market. I had the opportunity to meet Mr Wan Faiz Wan Mamat and Mr Ghani Dolah, a.k.a Pak Ngah. Mr Wan Faiz Wan Mamat is from the Land and District Office (PTJT) Tumpat, and Pak Ngah, is the Manager of Pulau Suri. I was told that UiTM is working with PTJT and the local community to realise the SDG-based programme here. Led by Dr Syerina Azlin Md Nasir, Deputy Rector of PJI & A, the team highlighted traditional food, the beauty of nature, and the local community's culture.
My second-day walkabout tour continued with the MoU ceremony for the Dual Degree Academic Programme between Universiti Teknologi MARA (UiTM) and Universiti Malaysia Kelantan (UMK). This Dual Degree Academic Programme is the first Dual Degree programme in Malaysia that combines two Bachelor's programmes from two Public Universities (UA). This Dual Degree programme combines the Bachelor of Science (Hons) in Statistics, Faculty of Computer Science and Mathematics, UiTM, and the Bachelor of Entrepreneurship (Logistics and Distributive Trade) with Honours, Faculty of Entrepreneurship and Business, UMK. These two programmes have obtained full accreditation status from the Qualifications Agency Malaysia (MQA) and received approval from the Department of Higher Education (JPT) on 15 March 2019. I'd like to thank Professor Dr Nik Maheran Binti Nik Muhammad, who performs the function of Vice-Chancellor of UMK and Associate Professor Dr Zulkifli Mohamed, the Rector of UiTM Kelantan Branch. The success of this initiative was made possible by these two outstanding, hardworking individuals.
While waiting for my session with the management, staff, and students, I recalled the history of Princess Saadong, which was on display in the waiting room. Puteri Saadong elevates the history of Kelantan and Pattani and even entrusts the great contribution of women who inherited an extraordinary spirit to the new generation today. I advised that everyone should find strengths and weaknesses and believe everyone is exceptional.
I applaud UiTM Kelantan Branch for achieving the KPI targets set and getting positive feedback among students in handling ODL. Also, congratulations to the researchers and grant recipients, not forgetting to the YDP of UiTM Cawangan Kelantan, Saudara Ahmad Muizuddin, who voiced his views and ideas representing all students during the Q&A session. After the event, I went to the 4 -acre Pineapple and Ginger Farm in Bukit Ilmu. Under the leadership of Puan Hadhifah Fadhlina Ismail and Puan Zaila Idris, the farm is run by staff and students from various faculties. I would like to thank the Malaysian Pineapple Industry Board for donating 17,000 MD2 pineapple seeds and Encik Mohd Zamani Ab Ghani for his consultation services on this project.
My visit ended with a tour around the Kota Bharu 3D Art and Heritage Centre, a collaboration project between the Kota Bharu Islamic City Municipal Council (MPKB-BRI) and UiTM Kelantan Branch. Mr Sarman and his team conducted a tour guide, explaining the three-dimensional works that became an attraction among tourists.

CARILAH KEKUATAN DALAM KELEMAHAN, DAN YAKINLAH ANDA ADALAH INSAN YANG HEBAT.
Lawatan saya ke kampus diteruskan lagi di UiTM Cawangan Kelantan pada 12 Februari yang lalu dengan melawat ke Pulau Suri yang terletak di Tumpat. Di sini, program pembangunan ekonomi masyarakat setempat boleh dilihat dengan wujudnya aktiviti seperti ‘floating market’ di mana saya berkesempatan bersua dengan Encik Wan Faiz Wan Mamat yang mewakili Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat (PTJT) serta Encik Ghani Dolah a.k.a Pak Ngah, Pengurus Pulau Suri. Saya difahamkan UiTM bekerjasama dengan PTJT serta masyarakat setempat dalam merealisasikan program berteraskan SDG di sini. Diketuai oleh Dr Syerina Azlin Md Nasir, Timbalan Rektor PJI&A, pasukan beliau mengetengahkan makanan tradisi, keindahan alam dan budaya masyarakat setempat.
Hari kedua lawatan kampus, diteruskan dengan majlis MoU Program Akademik Dwi Ijazah antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Program Akademik Dwi Ijazah ini merupakan program Dwi Ijazah pertama di Malaysia yang menggabungkan dua program Sarjana Muda dari dua buah Universiti Awam (UA). Melibatkan program Sarjana Muda Sains (Kepujian) Statistik, Fakulti Sains Komputer dan Matematik, UiTM dan Sarjana Muda Keusahawanan (Logistik dan Perniagaan Pengedaran) dengan Kepujian, Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, UMK, kedua-dua program tersebut telah memperoleh status akreditasi penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan mendapat kelulusan daripada Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) pada 15 Mac 2019. Terima kasih kepada Prof Dr Nik Maheran Binti Nik Muhammad yang menjalankan Fungsi Naib Canselor UMK dan Prof Madya Dr Zulkifli Mohamed, Rektor UiTM Cawangan Kelantan yang menjayakan inisiatif ini.
Saat menanti majlis bersama barisan pengurusan, staf dan siswa-siswi, saya mengimbau kembali sejarah Puteri Saadong yang dipamerkan di ruang bilik menunggu. Puteri Saadong mengangkat sejarah Kelantan dan Pattani bahkan menitipkan sumbangan hebat wanita yang mewariskan semangat luar biasa kepada generasi baharu masa kini. Untuk itu, saya menyarankan agar semua untuk mencari kekuatan dalam kelemahan, serta yakinlah bahawa diri anda adalah insan yang hebat.
Saya memuji UiTM Cawangan Kelantan kerana mencapai sasaran KPI yang ditetapkan di samping mendapat maklum balas yang positif di kalangan pelajar dalam pengendalian ODL. Syabas juga kepada para penyelidik dan penerima geran, tidak lupa juga kepada YDP UiTM Camwangan Kelantan, Saudara Ahmad Muizuddin yang turut menyuara pandangan dan idea mewakili keseluruhan pelajar semasa sesi soal dan jawab. Usai acara, saya ke Ladang Nanas dan Halia yang berkeluasan 4 ekar di Bukit Ilmu yang diusahakan oleh staf dan pelajar dari pelbagai fakulti di bawah pimpinan Puan Hadhifah Fadhlina Ismail dan Puan Zaila Idris. Terima kasih saya ucapkan kepada Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kerana telah menyumbang 17,000 benih nanas MD2 dan Encik Mohd Zamani Ab Ghani atas khidmat nasihat dalam projek ini.
Lawatan saya diakhiri dengan melawat sekitar Kota Bharu 3D Art and Heritage Centre yang merupakan projek kerjasama antara Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) dengan Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan. Kunjungan saya disambut oleh Encik Sarman serta pasukannya yang memberi penerangan mengenai karya-karya tiga dimensi yang menjadi daya tarikan aktiviti pelancongan di sekitar.

Source


Publisher

Files

274708760_150768020680362_7074244685079808387_n.jpg
274690096_150768000680364_802309826352653048_n.jpg
274736204_150768204013677_869027536239390288_n.jpg
273837913_150768024013695_8280159058063889865_n.jpg
274773798_150768127347018_6130861153021939507_n.jpg
274556320_150768117347019_7098633143189674155_n.jpg
274763671_150768140680350_5539212570732743667_n.jpg
274713298_150768187347012_6017181039738780394_n.jpg
274294469_150768260680338_7358771776723123530_n.jpg
274460961_150768284013669_3445557348926234327_n.jpg
274762353_150768294013668_5963272657206424341_n.jpg

Collection

Tags

Citation

“YOUR WEAKNESSES ARE NOT YOUR DOWNFALL; THERE ARE STRENGTHS WITHIN YOU THAT YOU SHOULD SEEK AND BELIEVE IN.,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed April 26, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/201.

Output Formats