“JANA, JIMAT, JARIAH” CAPTURED MY ATTENTION DURING THE MEET&GREET WITH KELUARGA UiTM SARAWAK BRANCH

Title

“JANA, JIMAT, JARIAH” CAPTURED MY ATTENTION DURING THE MEET&GREET WITH KELUARGA UiTM SARAWAK BRANCH

Description

Sape and Ulu dance are still vivid in my mind. I was excited as I arrived at UiTM Sarawak Branch where I felt welcomed at the event that was unique and culturally rich with Sarawak hospitality.


The Samarahan 1 Campus covers an area of 350 acres, while the Samarahan 2 Campus spread on 890 acres with the Mukah Campus covering an area of 500 acres. With a total of 832 academic and administrative staff, UiTM CS has 7 professors and 22 Associate Professors. The academic staff with PhD qualifications are 106 people and 32 of them obtained professional qualifications.


Currently, a total of 8,675 students are enrolled in the three campuses pursuing studies from Pre-Diploma to Doctoral level.
UiTM Sarawak Branch (UiTM CS) has a Halal Analysis Laboratory (DNA) at the Institute of Endowment and Halal Research which received initial funding support from Baitulmal Sarawak that amounted to RM500,000.00. It is focused on meat and processed food-based sample analysis activities. In addition, UiTM CS is the first campus to offer the Diploma in Mutawwif Umrah and Ziarah programme.


What caught my attention was the agenda of Jana, Jimat, Jariah (3J) introduced by UiTM CS. It has made significant headway in a variety of activities ranging from asset management to training and education, welfare funds, and product commercialization. Apart from that, UiTM CS also actively collaborates at the international level with various universities such as Beijing Wuzi University China, University of Stavanger, Norway, National Chung Cheng University, Thailand and more. Meanwhile, UiTM CS was awarded an international research grant of RM 5,430,269.00. In addition to working on the Smart Lobsters Hatchery Nursery & Grow Out Project, UiTM CS has entered into a strategic cooperation with TERAJU - Bumiputera Agenda Steering Unit for the Ecotourism project to strengthen the Socio-Economy of Sarawak Communities in Pulau Salak, Lawas, and Murum Penan.


Throughout my service at UiTM, that was the first time I visited the Mukah Campus. My perspective has changed; I now see Mukah campus as a possible destination to become a "Learning Lab for the World." When I met Keluarga UiTM in Sarawak, I could see and feel the positive energy coming from the achievers, especially when I got to know the "1 week - 1 news" initiative. It became clear that you are all very active, consistent, and dynamic in every initiative that you have undertaken together.


UiTM CS is impressive because of the numerous efforts undertaken and achievements accomplished, but I could only mention a few in my latest post in Rozie Times. I'd like to thank the entire Keluarga UiTM Sarawak Branch for the excellent hospitality and the efficient coordination of "Rozie takes a walkabout tour to UiTM Sarawak Branch." InsyaAllah, we will meet again, and I look forward to receiving the latest updates and achievements from UiTM CS as together we committedly drive the GRU2025.


“JANA, JIMAT, JARIAH” TARIK PERHATIAN SAYA SEMASA BELOYAR DENGAN KELUARGA UiTM CAWANGAN SARAWAK.
Alunan Sape dan tarian Ulu masih segar diingatan saya. Terharu, itu ungkapan pertama saat tiba di UiTM Cawangan Sarawak. Lawatan saya disambut dengan penuh berbudaya yang menampilkan keunikan Sarawak.


Kampus Samarahan 1 berkeluasan 350 ekar, manakala Samarahan 2, berkeluasan 890 ekar dan Kampus Mukah adalah seluas 500 ekar. Dengan seramai 832 orang staf akademik dan pentadbiran, UiTM CS mempunyai 7 orang profesor dan 22 orang Profesor Madya. Tenaga akademik yang berkelayakan PhD adalah 106 orang dan 32 orang pula mempunyai kelayakan profesional.
Pada masa kini seramai 8,675 pelajar mendaftar di ketiga-tiga kampus yang mengikuti pengajian dari Pra-Diploma ke peringkat Kedoktoran.


UiTM Cawangan Sarawak (UiTM CS) mempunyai Makmal Analisis Halal (DNA) di Institut Perwakafan dan Penyelidikan Halal yang mendapat sokongan dana awal dari Baitulmal Sarawak sejumlah RM500,000.00. Ia memfokuskan kepada aktiviti penganalisaan sampel berasaskan daging dan makanan terproses. Selain itu UiTM CS adalah kampus yang pertama menawarkan program Diploma Kemahiran Mutawwif Umrah dan Ziarah.


Apa yang menarik perhatian saya adalah konsep Jana, Jimat Jariah (3J) yang diperkenalkan oleh UiTM CS. Konsep 3J ini telah diperkembangkan dengan baik dalam pelbagai bentuk inisiatif dari aspek pengurusan aset, latihan dan pendidikan, tabung kebajikan dan pengkomersilan produk. Selain itu UiTM CS juga giat menjalinkan kerjasama di peringkat antarabangsa dengan beberapa universiti seperti Beijing Wuzi University China, University of Stavanger, Norway, National Chung Cheng University, Thailand serta banyak lagi. Manakala UiTM CS juga berjaya memperoleh geran penyelidikan antarabangsa berjumlah RM 5,430,269.00. Di dalam negara, UiTM CS telah menjalinkan kerjasama strategik bersama TERAJU – Unit Peneraju Agenda Bumiputera bagi projek Ekopelancongan untuk memperkasa Sosioekonomi Komuniti Sarawak di Pulau Salak, Lawas dan Murum Penan di samping mengusahakan Smart Udang Galah Hatchery Nursery & Grow Out Project.
Sepanjang perkhidmatan saya di UiTM, inilah kali pertama saya melawat Kampus Mukah. Perspektif saya kini berubah, saya melihat kampus Mukah sebagai berpotensi untuk dijadikan destinasi “Learning Lab for the World”. Apabila saya bersua dengan keluarga UiTM di Sarawak saya dapat melihat dan merasai aura tenaga mereka yang beprestasi tinggi, apatah lagi apabila mendengarkan inisiatif “1 minggu - 1 berita” , ternyata anda semua sangat aktif, konsisten dan dinamik dalam setiap inisiatif yang dijayakan bersama.


Banyak lagi sebenarnya usaha dan kejayaan dari UiTM CS, namun saya hanya sempat berkongsi secara ringkas dalam nota saya di Rozie Times pada kali ini. Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh keluarga UiTM Cawangan Sarawak atas layanan mesra dengan koordinasi “Rozie takes a walkabout tour to UiTM Cawangan Sarawak” yang sungguh lancar. InsyaAllah, kita berjumpa lagi dan pastinya saya akan terus mendengar khabar berita kejayaan yang seterusnya dari UiTM CS yang komited dalam merealisasikan matlamat kita ke arah GRU2025.

Source


Files

sarawak7.jpg
sarawak1.jpg
sarawak2.jpg
sarawak3.jpg
sarawak4.jpg
sarawak5.jpg
sarawak6.jpg
sarawak8.jpg
sarawak9.jpg
sarawak10.jpg
sarawak11.jpg
sarawak12.jpg
sarawak13.jpg
sarawak14.jpg
sarawak15.jpg
sarawak16.jpg
sarawak17.jpg
sarawak18.jpg
sarawak19.jpg
sarawak20.jpg
sarawak21.jpg
sarawak22.jpg
sarawak23.jpg
sarawak24.jpg
sarawak25.jpg
sarawak26.jpg
sarawak27.jpg
sarawak28.jpg
sarawak29.jpg
sarawak30.jpg

Collection

Tags

Citation

““JANA, JIMAT, JARIAH” CAPTURED MY ATTENTION DURING THE MEET&GREET WITH KELUARGA UiTM SARAWAK BRANCH,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 17, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/208.

Output Formats

Geolocation