"I AM KELUARGA UiTM" - DR. DALJEET SINGH SEDHU A/L JANAN SINGH, UiTM PERAK BRANCH
Title
"I AM KELUARGA UiTM" - DR. DALJEET SINGH SEDHU A/L JANAN SINGH, UiTM PERAK BRANCH
Subject
"Your confidence and fortitude will determine your success. I hope UiTM Perak Branch will continue to focus on producing excellent graduates. Make libraries and librarians your best friends to achieve global competency levels in line with our aspirations to achieve GRU 2025. To all Keluarga UiTM; staff or students, you must translate UiTM's shared aspirations towards GRU2025."
Description
UiTM Perak Branch (UiTM CP) Seri Iskandar campus has 452 academic staff and 318 administrative staff. The campus also has 8,217 students pursuing their studies under the Faculty of Architecture Planning & Surveying, College of Creative Arts and iCEPS. Meanwhile, at the Tapah campus, there are 226 academic staff and 131 administrative staff with a total enrollment of 4,606 enrolled under the Faculty of Applied Sciences, Faculty of Accountancy and Faculty of Computer and Mathematical Sciences. At the Bandaraya Ipoh campus, 9 academic staff and 39 students pursue their studies at the Postgraduate level, namely DBA (Doctor of Business Administration) and MBA (Master in Business Administration-Executive).
In 2021, UiTM CP's PI score was 98 per cent. It was recognised as the runner-up winner of the state campus category in the Vice Chancellor's Quality Award (AKNC) based on the focus area, which is service delivery. In addition, the UiTM Perak Branch has received the UiTM Operational Excellence Award and is the Overall Champion of the UiTM Sustainable Campus Award 2021. In fact, its Auxiliary Police team won the Best Award in the Invention Category in the Innovative & Creative Circle (KIK).
Since 2018, the UiTM Perak Branch has developed international collaboration with 23 universities, including the University of Essex, Telkom University, and Brunei Polytechnic. Meanwhile, I applaud UiTM CP for its initiative in developing new programmes, including establishing the Perak Institute of Resilient Design and Technology.
Your confidence and fortitude will determine your success. I hope UiTM Perak Branch will continue to focus on producing excellent graduates. Make libraries and librarians your best friends to achieve global competency levels in line with our aspirations to achieve GRU 2025. To all Keluarga UiTM; staff or students, you must translate UiTM's shared aspirations towards GRU2025.
At the same time, I take administrative staff competency levels seriously. Pyramid-type grade model is now one of the obstacles for us to push for GRU2025, InsyaAllah, I will change it to a matrix model so that those who excel and attain global competence can be promoted.
During my visit to UiTM Perak Branch, I also had the opportunity to plant durian belanda (soursop) trees and officiate the maise cash crop project. This project was undertaken by 15 staff members who received guidance and contributions from the Perak State Department of Agriculture. Thank you to Ms. Hasnida Abdullah, who gave a short briefing while at the site.
During the walkabout, I also had the opportunity to spend my time with students who are also young artists of the SEPAKAD exhibition. The exhibition featured works and products from Art & Design such as ceramics, paintings, photography and fashion. In addition, I also visited the Instrumentation Chemistry Laboratory to look at the infrastructure and equipment available. Earlier, I visited the Dataran Usahawan to enjoy coffee at Kopi Mesin and see the creative products of staff and students.
My schedule is jam-packed with activities from morning to evening, but it's worthwhile to observe and learn firsthand. Hebat (great) & berbudi bahasa (courteous) that's how I can briefly conclude throughout my walkabout to visit the Keluarga UiTM Perak Branch last 22 February. Even when Dr. Daljeet said, "When I'm in UiTM, I'm the UiTM family", his aura evokes the spirit of the entire crowd in the hall.
In closing, I'd like to thank Mr. Aizat, Dr. Daljeet Singh Sedhu, Prof. Dr. Roshana Takim, Mr. Ishak Ramli, and Mr. Khusairi Rashid for their perspectives, thoughts, and questions during the Q&A session. Thank you very much to all Keluarga UiTM Perak Branch.
“SAYA ADALAH KELUARGA UiTM” - DR. DALJEET SINGH SEDHU A/L JANAN SINGH, UiTM CAWANGAN PERAK.
UiTM Cawangan Perak (UiTM CP) kampus Seri Iskandar mempunyai 452 staf akademik dan 318 staf pentadbiran, sementara enrolmen terkini adalah seramai 8,217 pelajar yang melanjutkan pengajian di bawah Fakulti Senibina Perancangan & Ukur, Kolej Pengajian Seni Kreatif dan iCEPS. Manakala di kampus Tapah terdapat 226 staf akademik dan 131 staf pentadbiran dengan jumlah enrolmen sebanyak 4,606 yang mendaftar di bawah Fakulti Sains Gunaan, Fakulti Perakaunan dan Fakulti Sains Komputer dan Matematik. Di kampus Bandaraya Ipoh, terdapat 9 staf akademk dan 39 pelajar yang melanjutkan pengajian di peringkat Pasca-Siswazah iaitu DBA (Doctor of Business Administration) dan MBA (Master in Business Administration – Executive).
Skor PI UiTM CP pada tahun 2021 adalah 98% dan dinobatkan sebagai Naib Juara pemenang kategori kampus negeri di Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) dan pemenang kategori mengikut bidang tumpuan iaitu penyampaian perkhidmatan. Selain itu, UiTM Cawangan Perak juga adalah penerima Anugerah Kecemerlangan Operasi UiTM, dan Juara Keseluruhan Anugerah Kampus Lestari UiTM 2021. Malah, pasukan Polis Bantuan-nya juga menerima Anugerah Terbaik Kategori Penciptaan dalam Kumpulan Inovatif & Kreatif. Bahkan dari 2018 hingga kini, UiTM Cawangan Perak menjalinkan kerjasama antarabangsa dengan 23 universiti antaranya University of Essex, Telkom University dan Politeknik Brunei. Dalam pada itu, saya turut memuji UiTM CP atas inisiatif program -program baharu termasuklah penubuhan Perak Insitute of Resilient Design and Technology.
Ketahuilah bahawa, keyakinan akan membawa kita jauh ke hadapan, saya berharap UiTM Cawangan Perak akan terus fokus terhadap para pelajar dalam melahirkan graduan yang cemerlang. Jadikan perpustakaan dan pustakawan sebagai teman setia anda untuk mencapai tahap kompetensi global sejajar dengan aspirasi kita untuk mencapai GRU 2025. Buat semua keluarga UiTM sama ada staf akademik, pentadbiran dan pelajar, anda mestilah menterjemahkan aspirasi bersama kita ke arah GRU2025.
Dalam pada itu, saya memandang serius dengan kompetensi staf pentadbiran, taburan mengikut gred secara model piramid ketika ini menjadi antara cabaran untuk kita memacu GRU2025, InsyaAllah saya akan mengubahnya dalam model matriks, supaya ada peluang kenaikan pangkat di kalangan mereka yang cemerlang dan mencapai tahap kompetensi global.
Sepanjang lawatan ke UiTM Cawangan Perak, saya turut berpeluang mengambil bahagian dalam aktiviti menanam pokok durian belanda dan merasmikan projek tanaman kontan iaitu jagung. Projek ini diusahakan oleh 15 orang staf yang mendapat bimbingan dan sumbangan dari Jabatan Pertanian Negeri Perak. Terima Kasih kepada Puan Hasnida Abdullah yang memberi taklimat ringkas semasa di tapak tanaman kontan.
Dalam lawatan ini saya turut berkesempatan bersama para pelajar yang juga pengkarya muda dalam pameran SEPAKAD. Pameran ini menampilkan karya dan produk Seni Lukis & Seni Reka seperti seramik, catan, fotografi dan fesyen.
Selain itu, saya juga melawat ke Makmal Kimia Instrumentasi bagi meninjau prasarana dan peralatan yang ada, di samping berpeluang melawat ke Dataran Usahawan menikmati kopi di Kopi Mesin serta melihat produk-produk kreatif yang diusahakan oleh staf dan pelajar.
Dari pagi hingga ke petang, walaupun padat namun banyak maklumat yang saya perolehi dan menyaksikannya sendiri di UiTM CP. Hebat dan berbudi bahasa, itu yang boleh saya simpulkan secara ringkas sepanjang bersama dengan Keluarga UiTM CP pada 22 Februari yang lalu. Hinggakan saat Dr. Daljeet berkata “Apabila saya berada di UiTM, saya adalah Keluarga UiTM” auranya membangkit semangat seluruh hadirin di dalam dewan.
Akhir sekali saya ucapkan terima kasih kepada En. Aizat , Dr. Daljeet Singh Sedhu, Prof Dr Roshana Takim, Encik Ishak Ramli dan Encik Khusairi Rashid atas pandangan, idea dan soalan yang diajukan semasa sesi soal-jawab. Terima Kasih Keluarga UiTM Cawangan Perak.
Source
Date
Collection
Citation
“"I AM KELUARGA UiTM" - DR. DALJEET SINGH SEDHU A/L JANAN SINGH, UiTM PERAK BRANCH,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed December 22, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/209.