DIVERSITY IS IDENTITY. DIFFERENCES ARE STRENGTHS THAT SHOULD BE CELEBRATED

Title

DIVERSITY IS IDENTITY. DIFFERENCES ARE STRENGTHS THAT SHOULD BE CELEBRATED

Description

After finishing the event at Parit Sulong, I had lunch at Remaja Restaurant (Café and Restaurant) in Bandar Baru Uda, Johor Bahru (JB), owned by a young couple, Ezwan Haffez and his wife Ungku Aishah. The asam pedas ikan (spicy tamarind fish), chicken curry and other side dishes are super tasty. The restaurant's décor is very modern and contemporary. So, do not forget to drop by Remaja Restaurant when you visit JB. Afterwards, I went to the next place, which was not far from the restaurant.
I then attended the launching ceremony of the Keluarga Malaysia Aspirations Tour by the Prime Minister, YAB Datuk Seri Ismail Sabri, held at Dataran Angsana Johor Bahru, Johor, at 3pm.
The tour has been extended to the state level and for the first time, Johor is the first selected venue for this event which offers a variety of exciting and useful activities for different age groups.
There are exhibition booths from government agencies providing targeted services to the local community, including a booth from the Ministry of Higher Education. During the ceremony, I had the opportunity to speak with YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, the Minister of Higher Education, and Prof Datuk Dr Husaini Omar, the Director-General of Higher Education, as well as other counterparts.
The concept of Keluarga Malaysia was the brainchild of our YAB Prime Minister which he announced on 22 August 2021 during his inaugural speech as the 9th Prime Minister of Malaysia. The concept of Keluarga Malaysia embraces the aspect of the phrase and its inclusive nature. It inherently transcends religious, racial, and ethnic boundaries.
Diversity is identity. Differences are strengths that should be celebrated. In the face of Covid-19 and the challenges of the world today, together we will restore our beloved country and create a better future for our family, Keluarga Malaysia.

KEPELBAGAIAN ADALAH IDENTITI. PERBEZAAN ADALAH KEKUATAN YANG PERLU DIRAIKAN.
Selesai acara di Parit Sulong, saya singgah makan tengahari di Restoran Remaja (Kafe dan Restoran) di Bandar Baru Uda, Johor Bahru yang diusahakan oleh dua pasangan muda Ezwan Haffez dan isterinya Ungku Aishah. Menu asam pedas ikan, kari ayam dan lauk pauk yang lain memang memikat selera. Ruang dan reka bentuk pula sangat “Remaja”. Kalau anda ke sini, jangan lupa singgah di Restoran Remaja. Tidak jauh dari situ, saya kemudian menuju ke lokasi acara seterusnya.
Saya menghadiri Majlis Pelancaran Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Johor oleh Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Ismail Sabri yang telah berlangsung di Dataran Angsana Johor Bahru, Johor pada jam 3 petang.
Untuk makluman, jelajah ini diperluaskan lagi di peringkat negeri dan buat julung kalinya negeri Johor menjadi destinasi pertama dengan pengisian pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat yang sesuai untuk pelbagai peringkat umur.
Di sini adanya juga reruai agensi-agensi kerajaan bagi menyampaikan perkhidmatan secara bersasar kepada komuniti setempat. Ini termasuklah reruai Pengajian Tinggi yang dibawakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi, di masa saya berkesempatan bersama YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi dan Prof. Datuk Dr Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi serta rakan-rakan sewajat lain ketika majlis berlangsung.
Konsep Keluarga Malaysia dicetuskan oleh YAB Perdana Menteri kita, pada 22 Ogos 2021 semasa menyampaikan ucapan sulung beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9. Pendekatan Keluarga Malaysia mengambil aspek frasa dan sifatnya yang lebih inklusif. Malah ia merentasi sempadan agama, bangsa, dan kaum.
Kepelbagaian adalah identiti. Perbezaan adalah kekuatan yang perlu diraikan. Dalam mendepani Covid-19 dan cabaran dunia masa kini, bersama kita memulihkan negara tercinta dan mencipta masa depan lebih cerah untuk keluarga kita, Keluarga Malaysia.

Source


Files

remaja1.jpg
remaja2.jpg
remaja3.jpg
remaja4.jpg
remaja5.jpg
remaja6.jpg

Collection

Tags

Citation

“DIVERSITY IS IDENTITY. DIFFERENCES ARE STRENGTHS THAT SHOULD BE CELEBRATED,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 17, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/211.

Output Formats