THE FIRST FREE WiFi AND INTERNET SERVICE USING TV WHITE SPACE TECHNOLOGY IS LAUNCHED

johor1.jpg
johor2.jpg
johor3.jpg
johor4.jpg
johor5.jpg
johor6.jpg
johor7.jpg
johor8.jpg
johor9.jpg

Title

THE FIRST FREE WiFi AND INTERNET SERVICE USING TV WHITE SPACE TECHNOLOGY IS LAUNCHED

Description

Located at the Multipurpose Hall, Seri Sulong Industrial Park, Parit Sulong, Johor, the launching ceremony of WiFi and free internet using TV White Space technology was officiated by YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Minister of Higher Education.
The ceremony, which was held on 05 March 2022, was organised by UiTM Holdings Sdn. Bhd. (a subsidiary of UiTM) and Axicom in collaboration with the Malaysian Communications & Multimedia Commission (MCMC) and technology experts, namely Microsoft Malaysia and Allo Technology Sdn. Bhd. (a subsidiary of TNB) who sponsored this programme.
Internet connectivity and communication networks that can be accessed anytime and from anywhere are becoming increasingly important in today's digital age. In a pandemic scenario, we also need accurate and timely information and internet connectivity to perform everyday tasks such as work and education.
Therefore, today's initiative can provide internet access through analogue television frequencies that are no longer in use after the switchover to a more modern digital TV system. Among other things, this technology can contribute to the digital growth of local communities by enabling White Space Hotspots with a range radius of up to 30 kilometres, modern and smart agriculture, improved transport efficiency and rural connectivity, and much more. In remote locations, TV White Space is more viable and provides better access and benefits for local communities.
Meanwhile, UiTM is pleased to announce that it will build two more substations in the Lubok and Jamek Syukur Al-Falah Mosque areas (proposed sites) through its subsidiary UiTM Holdings. After the ceremony, attendees had the opportunity to virtually meet Datuk Rizalman Ibrahim, a member of the UiTM Board of Directors, via video call and enjoy WiFi and internet via TV White Space technology.
As the Vice-Chancellor of UiTM, we are excited and honoured to be a pioneer in this mission to help the local community grow and improve. Therefore, UiTM would like to thank all those present, especially YB Minister of Higher Education, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, as well as UiTM Holdings Sdn. Bhd. and the strategic partners involved.

WiFi DAN INTERNET PERCUMA YANG PERTAMA GUNA TEKNOLOGI TV WHITE SPACE DIILANCARKAN.
Bertempat di Dewan Serbaguna, Taman Industri Seri Sulong, Parit Sulpong, Johor, Pelancaran WiFi dan Internet Percuma menggunakan teknologi TV White Space telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi.
Majlis yang berlangsung pada 05 Mac 2022, adalah anjuran UiTM Holdings Sdn. Bhd. (anak syarikat milk UiTM) dan Axicom, dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM), dengan gandingan pakar teknologi Microsoft Malaysia dan Allo Technology Sdn. Bhd. (anak syarikat TNB) yang menaja program ini.
Kemudahan internet dan jaringan komunikasi yang boleh dicapai pada bila-bila masa dan di mana jua menjadi penting pada era digital dunia moden masa kini. Apatah lagi, dalam situasi pandemik yang memerlukan kita untuk mendapat informasi yang tepat, cepat dan akses internet yang membolehkan kita meneruskan aktiviti harian seperti bekerja dan belajar.
Justeru inisiatif ini dapat membekalkan internet melalui frekuensi televisyen analog yang tidak lagi digunakan setelah perpindahan ke sistem TV Digital yang lebih moden. Teknologi ini antara lain dapat membantu dalam pembangunan digital lokaliti setempat seperti penyediaan White Space Hotspot dengan radius capaian sehingga jarak 30 km, pertanian moden dan pintar, menambah baik kecekapan pengangkutan dan hubungan luar bandar serta banyak lagi. TV White Space adalah lebih praktkal di kawasan luar bandar lantas memberi peluang akses yang lebih luas dan nilai tambah kepada penduduk yang terlibat.
Dalam pada itu, sukacita UiTM menerusi anak syarikat iaitu UiTM Holdings akan menambah dua lagi pencawang yang akan ditempatkan di lokaliti Lubok serta Masjid Jamek Syukur Al-Falah (tapak cadangan). Sejurus pelancaran tetamu yang hadir juga berkesempatan untuk merasai pengalaman WiFi dan Internet menggunakan teknologi TV White Space apabila berkesempatan bersua secara maya menerusi panggilan video dengan Datuk Rizalman Ibrahim yang juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah UiTM.
Sebagai Naib Canselor UiTM, saya ingin menzahirkan perasaan bangga dan berbesar hati kerana UiTM berpeluang untuk menjadi pelopor di dalam misi ini demi pembangunan dan manfaat komuniti setempat. Oleh itu, UiTM ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir pada hari ini, terutama sekali YB Menteri Pengajian Tinggi Dato' Dr. Noraini Ahmad , dan juga pihak UiTM Holdings Sdn. Bhd. serta rakan strategik yang terlibat.

Source


Collection

Tags

Citation

“THE FIRST FREE WiFi AND INTERNET SERVICE USING TV WHITE SPACE TECHNOLOGY IS LAUNCHED,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed April 18, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/210.

Output Formats