Tahniah kepada (Akademi Sains Malaysia) ASM Council Members dan Fellow ASM Baharu Tahun 2026
Title
Subject
Description

Tahniah kepada sahabat-sahabat kami, Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, FASc dilantik sebagai Akedemi Sains Malaysia ASM Council Members 2026/2027 dan Naib Canselor UPM, Dato’ Prof. Ir. Dr. Ahmad Farhan bin Mohd Sadullah, FASc atas lantikan Fellow ASM baharu untuk tahun 2026. Walaupun kami diamanahkan mengemudi institusi yang berbeza, kami semua asalnya memulakan kerjaya akademik di Universiti Sains Malaysia, Alhamdulilah!
Tahniah juga kepada Senior Fellow dan semua Fellow baharu ASM termasuk dua orang dalam bidang ICT, salah seorangnya Yang Mulia Raja Azrina yang telah menyumbang kepada Information and Communications Technology (ICT) negara sejak saya kenali beliau di Malaysia Computer Emergency Response Team (MyCERT), MIMOS tahun 90’an dan kemudiannya bergiat aktif untuk penubuhan National ICT Security and Emergency Response Centre (NISER) 2001, akhirnya tertubuh Cybersecurity Malaysia, kini Chief Information Security Officer, Telekom Malaysia. Tahniah semuanya!
Semoga lantikan insan-insan hebat negara ini melonjak lagi kemajuan sains dan teknologi negara, InsyaAllah amin .
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا