UiTM - McD’s MALAYSIA COLLABORATION WILL BENEFIT KELUARGA UiTM

mcd_1.jpg
mcd_2.jpg
mcd_3.jpg
mcd_4.jpg
mcd_5.jpg
mcd_6.jpg
mcd_7.jpg
mcd_8.jpg

Title

UiTM - McD’s MALAYSIA COLLABORATION WILL BENEFIT KELUARGA UiTM

Description

I am pleased to receive a courtesy call from McDonald's Malaysia, led by Datuk Seri Mohammed Nasir, Director (Government Relations), and his team which includes Mr Azhar Darbi, Vice President of Human Resources, Mr Mohd Nasri Mohd Nordin, General Manager of RMHC (Ronald McDonald House Charities), and Ms Zarina Osman, Director of Human Resources.
McD's Malaysia shared with us its Talent Development Plan (Pre-Employment) which includes the Management Apprentice Programme (MAP), Internship Training Programme (IP) and Graduate Employability Programme (GEP), as well as the background of McD's corporate and franchise businesses around the world and in Malaysia.
UiTM is also very pleased to know that many of McD Malaysia's employees are UiTM alumni. Examples such as Zarina Osman (Diploma in Science), and Mohd Nasri Mohd Nordin (International Preparatory Programme). They are part of McD Malaysia's 19,000 employees who work in 319 restaurant outlets and management headquarters.
In short, the presence of UiTM has shown its value-adding effect on local economic growth. For example, the existence of McDonald's restaurants in various locations in the local community creates over 50,000 jobs for Malaysians.
Therefore, the meeting at GESTURZ, UiTM will not only provide opportunities to the students and future graduates of UiTM, of which there are over 185,000 today, but the collaboration with McD on a synergistic CSR project will also benefit the over 18,000 employees of UiTM. Ultimately, it will benefit more than 13.5 million customers per month who visit Malaysians' favourite franchise restaurant.

KERJASAMA UiTM & McD MALAYSIA BAKAL MANFAAT KELUARGA UiTM
Saya mengalukan kunjungan hormat dari McDonald’s Malaysia ke UiTM yang diketuai oleh Datuk Seri Mohammed Nasir, Pengarah (Hubungan Kerajaan) bersama pasukannya iaitu Encik Azhar Darbi, Naib Presiden Sumber Manusia, Encik Mohd Nasri Mohd Nordin, Pengurus Besar RMHC (Ronald McDonald House Charities) dan Puan Zarina Osman, Pengarah Sumber Manusia.
McDonald’s Malaysia telah membentangkan Pelan Pembangunan Bakat (Pra-Pekerjaan) yang merangkumi program perantis pengurusan (MAP), program latihan praktikal (IP) dan program kebolehpasaran graduan (GEP) di samping berkongsi latar belakang korporat dan perniagaan francais McD di dunia dan Malaysia.
UiTM juga amat berbesar hati apabila mendapat maklumat bahawa ramai dari dikalangan warga kerja McD Malaysia adalah merupakan alumni UiTM. Contohnya seperti Zarina Osman (Diploma Sains), dan Mohd Nasri Mohd Nordin (Program Persediaan Antarabangsa). Mereka adalah antara 19,000 warga kerja McD Malaysia yang beroperasi di 319 cawangan restoran serta ibu pejabat pengurusan.
Secara ringkas, kewujudan UiTM di 34 kampus serata Malaysia telah membuktikan impak yang antaranya memberi nilai tambah kepada pembangunan ekonomi setempat. Contohnya, dengan adanya cawangan-cawangan McD di pelbagai lokasi komuniti setempat, ia mewujudkan lebih 50,000 peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.
Justeru, pertemuan yang diadakan di GESTURZ, UiTM bukan sahaja akan membuka peluang kepada para pelajar dan bakal graduan UiTM yang mencecah lebih dari 185,000 pada masa kini. Malah, kita juga sedang berusaha mensinergikan inisiatif CSR bersama McD yang akan memberi manfaat kepada warga kerja UiTM seramai lebih 18,000 orang. Ia pastinya juga akan memberi manfaat kepada lebih dari 13.5 juta pelanggan sebulan yang berkunjung ke restoran francais kegemaran rakyat Malaysia.

Source


Collection

Tags

Citation

“UiTM - McD’s MALAYSIA COLLABORATION WILL BENEFIT KELUARGA UiTM,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed April 19, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/219.

Output Formats