A MEANINGFUL MOMENT WITH KELUARGA UiTM SABAH BRANCH ON THE 200th DAY AS VC

Title

A MEANINGFUL MOMENT WITH KELUARGA UiTM SABAH BRANCH ON THE 200th DAY AS VC

Description

My walkabout to the UiTM Sabah Branch began on March 24, 2022, with the Tawau campus. I learned that I am the first Vice-Chancellor to visit the Tawau Campus. The 149,993 acres campus was developed in 2009 and began operations in October 2011. There are 207 students enrolled in the Pre-Diploma in Commerce and Pre-Diploma in Science programmes, 8 academic staff, and an administration of 24. The campus hopes to offer Diploma-level programmes this year.
Meanwhile, on the Kota Kinabalu campus, UiTM Sabah Branch has 442 staff, 192 academic staff and 250 administrative staff. A total of 58 academics currently hold PhDs.
With a total enrollment of 5,461 students who pursued their studies at the diploma, first degree, PLK & PJJ (Off-Campus & Distance Learning) programmes as well as postgraduates in various fields such as Administrative Science & Policy Studies, Accounting, Applied Sciences, Management & Business, Hotel & Tourism Management, Plantation & Agrotechnology, Computer Science & Mathematics, Academy of Language Studies, Academy of Contemporary Islamic Studies, and Creative Arts Studies.
The progressive performance of UiTM Sabah Branch can be seen in academic and research publications, with an increase from year to year of 109 in 2019, 196 in 2020 and 2021, hitting 826 publication records.
In 2021, the Sabah Branch recorded a total research value of RM1,644,048, covering 17 international and other national grants. In addition, the record value of consultancy from 2017 to 2021 is RM3,873,848.00, with a total of 208 projects.
Congratulations to UiTM Sabah Branch for achieving 6 stars, a 90% for 2021 performance, an increase from the previous year of 81%.
During the Q&A session, I welcomed the views and ideas from Mrs Marianne Estabella Fung, Lecturer of the Academy of Language Studies (APB), Associate Prof. Dr Test @ Rozita Mohammed, Senior Lecturer, Faculty of Management & Business, Mr Husni Mubarak Abdul Ghani, Senior Assistant Engineer (Mechanical), Associate Prof Ts. Dr Hendry Joseph, Head of Graduate School, Ms Nur Syakinah from the Faculty of Plantation & Agrotechnology and Saudara Shahirul Azri, President of Student Representative Council.
I also had the opportunity to meet Shahirul Azri, President of Student Representative Council UiTM Sabah Branch; Ezlan Wong, Vice-President and Alfonsa, Exco for Recreational Sports and Culture. What caught my attention was the batik shirts donned by them. The design is contemporary with a very unique motif. Inspired by the Rungus tribe, the batik was produced by Chanteek Borneo - a Sabah bumiputera batik entrepreneur. I understand that the Rungus are primarily in the northern part of Sabah, namely in Kudat, Pitas and Kota Marudu.
My visit is not complete without tree planting activities. Here, I have the opportunity to plant cherry blossoms (tabenbuia rosea) and black durian trees (black thorn). I also visited the Freshwater Lobster Mini Incubator, a joint venture with TERAJU. So far, it has managed to create 139 job opportunities for the community where students are involved in research and innovation activities.
I went to the HEP Kitchen then to the RS Studio (Resident Studio), and broadcast live virtually with the Keluarga UiTM Sabah Branch. RS Studio provides various exciting programmes such as Campus Info, Let's recite the Quran and Entrepreneurship Segment. Thanks to Mr Azry and Mr Ghazali, who handled the live broadcast. Finally, I visited HTTC (Hospitality and Tourism Training Centre), Faculty of Hotel & Tourism Management. Here I had the opportunity to try a coffee prepared by the barista after a guided tour led by Puan Siti Hajar.
Celebrating 200 days as Vice-Chancellor on March 25 2022, at the Kota Kinabalu Campus, I am delighted to share this significant occasion with Keluarga UiTM Sabah branch. Congratulations and heartfelt thanks to everyone involved in this Walkabout event. Thank you also to PEWANI (UiTM Women's Association) and PSKK (Sports & Staff Welfare Association) for organising a get-together dinner with me.
I end my Walkabout post at the Sabah branch with a quote from the Rector of the UiTM Sabah branch for us to ponder on. "To create a sustainable success, every one of us plays a part in the responsibilities and trust assigned to us." May we all remain focused on our shared vision of achieving GRU2025.

SAAT BERMAKNA BERSAMA KELUARGA UiTM CAWANGAN SABAH DI HARI YANG KE 200 SEBAGAI NC.
Lawatan saya ke UiTM Cawangan Sabah bermula dengan kampus Tawau pada 24 Mac 2022. Saya dimaklumkan bahawa, saya adalah Naib Canselor pertama yang melawat ke Kampus Tawau.
Kampus ini berkeluasan 149.993 ekar, dibina pada tahun 2009 dan mula beroperasi pada Oktober 2011. Di sini program Pra Diploma Perdagangan dan Pra Diploma Sains ditawarkan dengan enrolmen seramai 207 orang manakala staf akademik 8 orang dan pentadbiran 24 orang. Pada tahun ini, kampus ini mensasarkan untuk menawarkan program peringkat di Diploma.
Manakala di kampus Kota Kinabalu, UiTM Cawangan Sabah mempunyai 442 staf, dengan 192 staf akademik dan 250 staf pentadbiran. Seramai 58 ahli akademik ketika ini berkelulusan PhD.
Sementara itu enrolmen pelajar seramai 5,461 yang melanjutkan pengajian di peringkat diploma, ijazah pertama, program PLK &PJJ serta pasca-siswazah dalam pelbagai bidang seperti Sains Pentadiran & Pengajian Polisi, Perakaunan, Sains Gunaan, Pengurusan & Perniagaa, Pengurusan Hotel & Pelancongan, Perladangan & Agroteknologi, Sains Komputer & Matematik, Akademi Pengajian Bahasa, Akademi Pengajian Islam Kontemporari dan Pengajian Seni Kreatif.
Prestasi yang progresif UiTM Cawangan Sabah dapat dilihat dalam penerbitan akademik dan penyelidikan, dengan peningkatan dari tahun ke tahun iaitu 109 pada 2019, 196 pada 2020 dan 2021 mencatat sebanyak 826 rekod penerbitan.
Pada 2021, Cawangan Sabah mencatatkan perolehan nilai penyelidikan sejumlah RM1,644,048 yang meliputi 17 geran kebangsaan antarabangsa dan lain – lain. Sementara rekod nilai perundingan dari tahun 2017-2021 adalah RM3,873,848,00 dengan jumlah 208 projek.
Tahniah UiTM Cawangan Sabah atas pencapaian 6 bintang iaitu 90% bagi Prestasi 2021, peningkatan dari tahun sebelumnya iaitu 81%.
Semasa sesi soal-jawab, saya mengalukan pandangan dan idea dari Puan Marianne Estabella Fung, Pensyarah Akademi Pengajian Bahasa (APB), Prof Madya Dr. Uji @ Rozita Mohammed, Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan & Perniagaan, En Husni Mubarak Abdul GhaniPenolong Jurutera Kanan (Mekanikal), Prof Madya Ts. Dr. Hendry Joseph, Ketua Pusat Pengajian Siswazah, Saudari Nur Syakinah dari Fakulti Perladangan & Agroteknologi dan Saudara Shahirul Azri, YDP MPP.
Saya juga berkesempatan bersua mesra dengan Shahirul Azri YDP MPP UiTM Cawangan Sabah, Ezlan Wong, Naib YDP dan Alfonsa, Exco Sukan Rekreasi dan Kebudayaan. Apa yang menarik perhatian saya adalah baju batik yang digayakan oleh mereka. Rekaannya kontemporari dengan motif yang amat unik.
Diinspirasikan dari suku kaum Rungus, batik tersebut dihasilkan oleh Chanteek Borneo - usahawan batik bumiputera Sabah. Saya difahamkan kaum Rungus ini kebanyakannya berada di kawasan utara Sabah iaitu di Kudat, Pitas dan Kota Marudu.
Lawatan saya tidak lengkap tanpa aktiviti penanaman pokok, di sini saya berpeluang menanam pokok bunga sakura (tabenbuia rosea) dan pokok durian hitam (black thorn). Saya juga melawat ke Mini Inkubator Ternakan Lobster Air Tawar yang merupakan usahasama dengan TERAJU. Setakat ini ia berjaya mewujudkan 139 peluang pekerjaan kepada komuniti di mana pelajar pula terlibat dalam aktiviti penyelidik dan inovasi di sini.
Saya ke Dapur HEP kemudian ke RS Studio (Resident Studio) dan bersiaran secara langsung secara maya bersama warga UiTM Cawangan Sabah. RS Studio menyediakan pelbagai program yang menarik seperti Info Kampus, Mari Mengaji dan Segmen Keusahawanan. Terima Kasih kepada Encik Azry dan Encik Ghazali yang mengendalikan siaran langsung tersebut. Akhir sekali, saya berkunjung ke HTTC (Pusat Latihan Hospitaliti & Pelancongan), Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan, di sini saya berpeluang mencuba kopi yang disediakan oleh barista setelah selesai lawatan berpandu yang dikendalikan oleh Puan Siti Hajar.
Meraikan 200 hari sebagai Naib Canselor pada 25 Mac 2022 di Kampus Kota Kinabalu saya sangat teruja bersama Keluarga UiTM Cawangan Sabah. Tahniah dan Sekalung Penghargaan kepada semua yang terlibat dalam program Walkabout ini. Terima Kasih juga kepada PEWANI ( Persatuan Wanita UiTM) dan PSKK (Persatuan Sukan & Kebajikan Kakitangan) yang menganjurkan makan malam ramah mesra bersama saya.
Saya akhiri catatan Walkabout saya di Cawangan Sabah dengan petikan dari Rektor UiTM Cawangan Sabah, untuk kita hayati bersama. “Demi pencapaian yang lebih lestari, setiap dari kita memainkan peranan terhadap tanggungjawab dan amanah yang diberikan”. Semoga kita semua kekal fokus dalam visi bersama untuk mencapai GRU2025.
Universiti Teknologi MARA Cawangan SABAH - Media FB Rasmi

Source


Files

sabah_1.jpg
sabah_2.jpg
sabah_3.jpg
sabah_4.jpg
sabah_5.jpg
sabah_6.jpg
sabah_7.jpg
sabah_8.jpg
sabah_9.jpg
sabah_10.jpg
sabah_11.jpg
sabah_12.jpg
sabah_13.jpg
sabah_14.jpg
sabah_15.jpg
sabah_16.jpg
sabah_17.jpg
sabah_18.jpg
sabah_19.jpg
sabah_20.jpg
sabah_21.jpg
sabah_22.jpg
sabah_23.jpg
sabah_24.jpg
sabah_25.jpg
sabah_26.jpg
sabah_27.jpg
sabah_28.jpg
sabah_29.jpg
sabah_30.jpg
sabah_31.jpg
sabah_32.jpg
sabah_33.jpg

Collection

Tags

Citation

“A MEANINGFUL MOMENT WITH KELUARGA UiTM SABAH BRANCH ON THE 200th DAY AS VC,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 17, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/220.

Output Formats