FIRST UiTM LIVING LAB IN KUNDASANG SIGNIFIES ACADEMIA-ALUMNI-COMMUNITY COLLABORATION TOWARDS ACHIEVING GLOBAL GOALS

Title

FIRST UiTM LIVING LAB IN KUNDASANG SIGNIFIES ACADEMIA-ALUMNI-COMMUNITY COLLABORATION TOWARDS ACHIEVING GLOBAL GOALS

Description

I continued my travels in Sabah to Kundasang, Ranau. The journey took two hours from Kota Kinabalu. There, I spent my time with Mr Japiril Sulaiman, a UiTM alumnus with local entrepreneurs under his guidance.
During the launch of the Kundasang community agro-agricultural project plan, the Sabah-UiTM bumiputera entrepreneur development programme together with industry partners and alumni, I saw there was an opportunity that should be taken advantage of. Therefore, I am very pleased to announce the first UiTM Living Lab in Kundasang that signifies academia-alumni-community collaboration towards achieving the 17 sustainable development goals (SDGs) as outlined by the United Nations.
This aligns with MOHE's aspirations in the context of ‘university for the community’. The Rector of UiTM Sabah will lead the UiTM Living Lab in Kundasang, and I hope that this model will be adopted by other UiTM branch campuses.
Among the local entrepreneurs I met were Mr. Marx Gandawoi, Mr. Francis Nandoh, Puan Aina K Alias, Tuan Haji Muhd Razali Haji Mohamad, Puan Siti Zoraini Atin, Puan Izzaiqa Nurwafiqah Gilin, Puan Sitiaziah Kusop@Mohd Jamil, Mr. Delson Bondilik, Mr. Jusimeh Baranting, Mr. Jubair Juhinin, Puan Suhaini Suhaimin, Encik Shahril Samson Boon, Mr. Jasni Rijan and Mrs. Barbara Bongkok.
Mrs. Barbara Bongkok operates a coffee company under the Apai Kopi Ranau brand. I had the opportunity to try her coffee products and they were very refreshing. Following that, I went to Puan Aina K Alias' Mesilou Highland Farm & Berries Residence. What drew my interest was the fact that she practised the theories she had learned. In the visual I am sharing here, a sign informs the customers that her strawberry farm follows the following work processes: predict, plan, observe, weed and water, measure, calculate and research. If you get the chance to visit, don’t forget to try the strawberry ice cream from Mesilou Highland Farm & Berries Residence while exploring the strawberry orchards there.
Finally, I paid a visit to Dairy Farm Village. Desa Dairy Farm, which boasts spectacular views of Mount Kinabalu as the background of farms and plantations surrounded by natural landscapes, gets an average of 800,000 tourists every year and has become one of Sabah's key tourist sites. We got the chance to explore the surroundings while enjoying the famous DESA gelato ice cream. Desa Dairy Farm is an agrotourism destination that should not be missed while visiting Kundasang.
I would like to express my gratitude to Encik Ahmad Fareez Yahya, Puan Nurul Huda Roslan and all JKEN members of UiTM Sabah Branch for ensuring the smooth coordination of my visit to Sabah that was altogether meaningful, inspiring and touching. Thank you also to the 1973 drivers (or here they are called pilots), Mr. Saiman and Mr. Salam, for making our journey safe and pleasant. To Dr. Sharifah, Deputy Rector (ICAN) of UiTM, I congratulate you on the success of events in Kundasang.
UiTM LIVING LAB PERTAMA DI KUNDASANG, TANDA KERJASAMA AKADEMIA-ALUMNI-KOMUNITI KE ARAH MENCAPAI MATLAMAT GLOBAL
Saya meneruskan perjalanan ke Kundasang, Ranau, Sabah. Perjalannnya mengambil masa dua jam dari Kota Kinabalu. Di sini saya bersama alumni UiTM Encik Japiril Sulaiman dengan para usahawan tempatan bimbingan beliau.
Semasa pelancaran pelan projek agrotani komuniti Kundasang iaitu program pembangunan usahawan bumiputera negeri Sabah-UiTM bersama rakan industri dan alumni saya merasakan ia suatu peluang yang patut dimanfaatkan sebaiknya. Justeru saya amat berbesar hati mengumumkan UiTM Living Lab pertama di Kundasang sebagai tanda kolaborasi akademia-alumni-komuniti ke arah mencapai 17 matlamat global (SDGs) seperti yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Ini bertepatan dengan hasrat KPT dalam konteks universiti untuk masyarakat. UiTM Living Lab di Kundasang akan diterajui oleh Rektor UiTM Sabah dan saya mahu model ini dicontohi oleh kampus – kampus cawangan UiTM yang lain.
Antara usahawan tempatan yang saya temui termasuklah Encik Marx Gandawoi, Encik Francis Nandoh, Puan Aina K Alias, Tuan Haji Muhd Razali Haji Mohamad, Puan Siti Zoraini Atin, Puan Izzaiqa Nurwafiqah Gilin, Puan Sitiaziah Kusop@Mohd Jamil, Encik Delson Bondilik, Encik Jusimeh Baranting, Encik Jubair Juhinin, Puan Suhaini Suhaimin, Encik Shahril Samson Boon, Encik Jasni Rijan dan Puan Barbara Bongkok.
Barbara Bongkok mengusahakan perniagaan kopi dengan jenama Apai Kopi Ranau, saya sempat mencuba produk kopi beliau dan ia sangat menyegarkan. Sesudah itu, saya menuju ke Mesilou Highland Farm & Berries Residence yang dimiliki oleh Puan Aina K Alias. Apa yang menarik perhatian saya ialah beliau mempraktikkan ilmu teori yang dipelajarinya. Lihat gambar yang saya kongsikan, ada papantanda yang memberi tahu pelanggan bahawa ladang strawberi beliau mengamalkan bila proses kerja iaitu predict, plan, observe, weed and water, measure, calculate & research. Jika anda ke sini jangan lupa mencuba aiskrim strawberi dari Mesilou Highland Farm & Berries Residence sambil meninjau kebun strawberi.
Destinasi akhir saya adalah ke Desa Dairy Farm. Dengan pemandangan indah Gunung Kinabalu sebagai latar belakang ladang dan ladang yang dikelilingi dengan landskap semula jadi, Desa Dairy Farm menarik purata 800,000 pengunjung setahun dan telah menjadi salah satu destinasi pelancongan utama di Sabah. Kami berkesempatan melawat kawasan sekitar sambil menikmati aiskrim gelato yang sangat sedap dan merupakan produk popular DESA. Desa Dairy Farm adalah lokasi pelancongan agro yang mesti dikunjungi apabila anda ke Kundasang.
Saya ingin mengucapkan terima kasih buat Encik Ahmad Fareez Yahya, Puan Nurul Huda Roslan dan semua ahli JKEM UiTM Cawangan Sabah yang memastikan koordinasi lawatan saya ke Sabah lancar dengan pengisian program yang bermakna, menyentuh hati dan memberi inspirasi kepada saya. Terima Kasih juga kepada pemandu (di sini mereka dipanggil sebagai pilot) 1973, Encik Saiman dan En Salam yang memastikan perjalanan kami selamat dan selesa. Buat Dr. Sharifah, Timbalan Rektor (ICAN) UiTM, saya ucapkan tahniah atas program yang dikendalikan di Kundasang.
Universiti Teknologi MARA Cawangan SABAH - Media FB Rasmi

Source


Files

lab_14.jpg
lab_1.jpg
lab_2.jpg
lab_3.jpg
lab_4.jpg
lab_5.jpg
lab_6.jpg
lab_7.jpg
lab_8.jpg
lab_9.jpg
lab_10.jpg
lab_11.jpg
lab_12.jpg
lab_13.jpg
lab_15.jpg

Collection

Tags

Citation

“FIRST UiTM LIVING LAB IN KUNDASANG SIGNIFIES ACADEMIA-ALUMNI-COMMUNITY COLLABORATION TOWARDS ACHIEVING GLOBAL GOALS,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed April 26, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/221.

Output Formats